"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Buletin Utama kantoi menipu ka?

Ameno World
Adoiii..Mana nak letak muka neh? Semalam utusan. Hari neh tibitiga pula. Aisehmen... apsal rakyat makin cerdik neh..? Sila lihat bukti di bawah neh;

Tadi memang wa ada buang masa depan tibitiga. Biasalah, masa itu emas. Wa pula kaki sedekah. So hari neh tibitiga mendapat sedekah dari wa. Wa sedekah sampai sejam. Termasuklah insiden zulnordin yang meroyan pongpang2 pasal pembangkang yang salah bila indonesia kutuk malaysia. Sohai beb. Panas jek wa dengar. Lue nak anti indonesia lue punya pasal tapi tak payah pongpang babitkan pembangkang.
Tapi takpe. Lupakan isu pasal katakbiru. Sekarang isu tibitiga kantoi. Lihat apa benda tah yang aku upload di atas neh. Dan lihat di bawah neh pula.
Website pertama website yang dipromote oleh tv3. Website neh ialah antara segmen khas yang masuk di tv3 tadi. Samada ditaja or menaja wa taktau.

Dan website kedua ialah website dari syarikat lain. Apa yang menjadi persoalan ialah apsal product yang dipromosikan oleh tv3 sebentar tadi [dan beberapa hari yang lepas] mengcopypaste ayat dari website lain dan letakkan di websitenya pula?

Siapakah pemilik syarikat yang dipromote oleh tibitiga neh? Wa pun tatau. Tapi wa berjaya faham satu perkara. Lihat bawah neh..
kah kah kah

Siasatan neh dilakukan oleh blogger semut. Klik sini untuk info yang lebih detail. Wa cuma tumpang sebar jek beb. Seronok tengok tibitiga kantoi. 
kah kah kah

Ameno : Pemimpin mana punya company lahaii

-selatanonline-

Aziz Bari nafi serang pengurusan zakat S'gor

azlanProfesor undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof Abdul Aziz Bari hari ini menafikan beliau menyerang pentadbiran dan pengurusan zakat di Selangor sebagaimana yang didakwa oleh Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam titah baginda semalam.
Katanya, beliau tidak pernah menyerang pengurusan zakat yang sedia ada di Selangor.

Sebaliknya, tegas pakar perlembagaan itu, beliau hanya menyuarakan kebimbangan tentang masa depan, memandangkan pindaan kepada enakmen yang memberikan kuasa yang luas kepada sultan - yang mungkin mempunyai implikasi kepada pengurusan masjid dan zakat.

Beliau memberitahu demikian kepada Malaysiakini hari ini melalui e-mel sebagai mengulas titah Sultan Selangor yang dukacita berhubung dakwaan Abdul Aziz, kononnya laporan kewangan tahunan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) bebas daripada diaudit.

Abdul Aziz menjelaskan bahawa konteks komen beliau adalah mengenai percubaan "luar biasa" yang dibuat untuk meluluskan rang undang-undang itu apabila sultan dilaporkan "mengeluarkan titah kepada anggota Dewan Undangan Negeri Selangor".

Dilaporkan Sultan Selangor telah mengeluarkan titah menitahkan mereka meluluskan pindaan untuk meluaskan kuasa sultan dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dalam hal ehwal Islam di negeri ini.

Mengenai pengurusan zakat, beliau bercakap tentang masa depan, bukan tentang masa kini, jelas Abdul Aziz dan menambah beliau membuat komen iu sesuai dengan kedudukannya sebagai seorang pakar dalam perlembagaan.

"Saya juga membayar zakat dan fitrah di Selangor," kata Abdul Aziz.

Berdasarkan itu, Abdul Aziz berhujah bahawa apa yang dititah oleh sultan mengenainya adalah "tidak betul".

Katanya, baginda telah diberi nasihat yang salah dan oleh itu beliau bersedia mengadap jika baginda memberi perkenan berbuat demikian.
-malaysiakini-

PKR ikrar Anwar akan jadi PM ketujuh

NONE
Timbalan presiden PKR, Azmin Ali menyatakan ikrar untuk terus mempertahankan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini berdepan dengan hukuman penjara berhubung tuduhan liwat yang dihadapi ketua umum parti itu.


Azmin juga memberi peringatan keras kepada Umno bahawa PKR akan terus mara walau apa pun konspirasi dijalankan untuk memenjarakan Anwar.

"Kami anak muda dan wanita berikrar akan bangkit meruntuhkan tembok kezaliman penjara untuk membebaskan Anwar Ibrahim.

"Pakatan Rakyat telah sepakat bahawa Anwar Ibrahim adalah perdana menteri Malaysia yang ketujuh," katanya disambut tepukan kira-kira 1,500 orang perwakilan ketika menyampaikan dalam ucapan dasarnya di kongres PKR kelapan di Johor Bahru hari ini.

Membuka tirai kongres yang kali pertama diadakan di kubu kuat Umno itu, Azmin turut menyerang Umno sebagai parti yang "anti-Melayu" dan hanya berjuang untuk "membela tembolok kerabat dan bukannya rakyat."

"Layakkah perjuangan Umno yang sehingga kini tidak dapat menjelaskan ke mana lesapnya saham milik Melayu-bumiputera berniali RM52 bilion dijulang sebagai perjuangan mempertahan ketuanan Melayu?

"Lihat sahaja dalam isu National Feedlot Corporation. RM250 juta yang diperuntukkan untuk mengurangkan kebergantungan import bahan makanan telah disalahguna untuk membeli kondominium mewah.

"Sehingga hari ini menteri yang berkenaan masih lagi berkuasa, malah mendapat kekebalan dari timbalan presiden Umno.

"Di mana 'ketuanan Melayu' yang dilaungkan jika hak rakyat dirampas dan diagihkan kepada menteri untuk keluarga dan kerabat?" soalnya lagi.
-malaysiakini-