"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mahathir Tersasar Dalam Pegangan Aqidahnya.

Isu Kenyataan Mahathir mengenai hukuman HUDUD 
Mohd Azmi Abdul Hamid
TERAS kesal dengan kenyataan Tun Mahathir yang mengatakan mengikuti Sunnah dan Hadith tidak wajib untuk menentu hukum Islam.

Ini jelas adalah kejahilan dan penolakan pegangan pokok umat Islam yang termasuk dalam salah satu usul tunjang dalam Aqidah orang Islam.

Pendirian beliau sangat tersasar dari pegangan Aqidah ahli Sunnah Wal Jaamah yang tidak ada khilaf sama sekali di kalangan para ulama iaitu rujukan kepada Al Sunnah dan berpandu kepada Hadith Rasulullah s.a.w dalam menentukan hukum selepas Al Quran adalah wajib.

Beliau sendiri tidak sepatutnya mengeluarkan pandangannya dalam hal ini kerana beliau bukan ahli dan tidak berkelayakan untuk mengeluar pendapat yang menyentuh soal pokok dalam hukum Islam.

Dengan mengatakan bahawa hudud tidak ada dalam Al Quran dan ia hanyalah tafsiran pihak yang mahu menunjukkan lebih Islam dari orang lain serta rujukan kepada Al Sunnah dan Hadith tidak wajib adalah pernyataan yang boleh menjejaskan pegangan aqidah beliau sendiri.

Beliau juga cuba membawa fahamannya sendiri bahawa hukum hudud tidak membawa keadilan kerana ia tidak sesuai dengan keadaan masyarakat berbilang kaum dan agama.

Anehnya beliau jugalah yang sebelum ini mempelawa agar PAS menerima UMNO untuk melaksanakan hudud.

TERAS mengesa agar beliau berhenti dari mengeluarkan pendapat yang tidak layak baginya sebagai orang yang bukan menguasai bidang ilmu agama.

Sebenarnya pemikiran liberal seperti inilah yang sepatutnya ditegur oleh para ilmuan dan ulama kerana ia boleh mengelirukan orang awam.

TERAS berkali-kali menyatakan bahawa pihak kerajaan perlu mengujudkan sebuah Forum Khas untuk sesiapa yang mahu memberi pandangan mengenai hal yang berkait dengan hukum hakam Islam hendaklah dibentangkan kepada forum tersebut.

Ini adalah bagi mengelakkan pihak yang tidak mempunyai kedalaman ilmu Islam tidak dengan mudah mengeluarkan pendapat yang boleh mengelirukan orang ramai terutama bila dijadikan bahan debat dalam media massa.

Pendapat Tun Mahathir ini cenderung untuk menunjukkan kesamaaan dengan pendapat golongan anti-Hadith yang pernah timbul dalam masyarakat.

Pegangan golongan ini telahpun ditolak oleh para ulama dan ia perlu dihalang dari berkembang.

Pihak berkuasa agama perlulah mengambil tindakan membetulkan pandangan yang keliru dan sesat ini agar orang awam tidak mudah terpengaruh dengan pegangan yang tidak berasaskan ilmu Islam yang sahih.

Jika beliau tidak ditegur dan pihak kerajaan membisu ia menunjukkan pemahaman sesat seperti yang diungkap oleh Tun Mahathir diterima dan dibenarkan berkembang di Negara ini.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS

Felda Gawat: BN Tumbang di Pahang, Johor dan Negeri Sembilan?

Mohd Nasaie Ismail
Pilihanraya 1999 diadakan dalam suasana politik negara panas pasca pemecatan Dato' Seri Anwar Ibrahim pada 2 September 1998. Pilihanraya yang diadakan setahun berikutnya iaitu 29 November 1999 ternyata memberi kesan besar kepada undi BN khususnya di kerusi-kerusi Melayu.

Pahang negeri yang sejuk suam politiknya dikejutkan dengan kemenangan Barisan Alternatif di 8 kerusi dun, iaitu 6 PAS, 1 DAP dan 1 KeAdiLan. Daripada 8 kerusi dun tersebut, 5 daripadanya adalah kawasan Felda iaitu dun Jengka, Paya Besar, Tahan, Guai dan Chini. Dun Jengka yang dimenangi Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, sepenuhnya Felda. Dun Paya Besar hampir separuh pengundi Felda, Dun Tahan sekitar 30 peratus pengundi Felda di dua buah rancangan Felda dan Chini juga lebih 50 peratus kawasan Felda.

Penulis mengikuti dekat perubahan di dun Jengka. Daripada 10 pusat pengundian, PAS memenangi enam daripadanya iaitu peti undi Jengka 11,15,17,18, 19 dan Bandar Jengka. Di Peti undi Jengka 14, 16, 20 dan 21, Pas kalah, tetapi saluran dua ada yang menang dan peningkatan undi juga naik mendadak. Di peti undi Felda Jengka 16, cula yang dibuat selepas pilihanraya menunjukkan hampir setiap rumah peneroka ada pengundi PAS. Samada ibu-bapa, anak atau menantu. Hatta di rumah pemimpin-pemimpin utama UMNO cawangan pun ada pengundi PAS dikalangan anak dan menantu peneroka.

Formula yang sama berlaku dihampir setiap dun yang dimenangi oleh Barisan Alternatif ketika itu. Bermakna, kawasan Felda dimenangi oleh undi anak muda yang membuat perubahan. Majoriti generasi kedua dan ketiga Felda ini tinggal di luar khususnya Lembah Klang, Seremban, Seberang Perai dan Johor Bahru. Gelombang reformasi di Lembah Klang telah dibawa balik ke kampung dan perubahan telah berlaku. Oleh itu, sejarah terbukti, Felda boleh berubah!

Dalam pilihanraya 2008, PAS kalah di dun Jengka, tetapi saluran dua dan tiga menang di 9 daripada 13 peti undi anak muda ini. Ini mengambarkan masa depan di kawasan Felda ini cerah. Ini berlaku ditengah gelombang Tsunami 2008 yang tidak disedari oleh pengundi Melayu dan luar bandar. Pasca 2008, kehangatan politik negara lebih besar dan luas kesannya berbanding Reformasi 1999.

Formula kemenangan BA di 5 daripada 8 dun BA di Pahang akan kembali berlaku pada pilihanraya ke-13 ini. Malah ia akan meluas ke Johor dan Negeri Sembilan yang menjadi kubu UMNO. Setidaknya ada dua faktor besar akan mempengaruhi perubahan ini. Pertamanya gelombang panas 'perubahan pasca Tsunami 2008' akan dibawa balik oleh pengundi luar Felda. Jika Reformasi 1999 hanya di Kuala Lumpur, tetapi Tsunami 2008 telah merubah Johor dan Negeri Sembilan dengan kemenangan beberapa dun.

Ditambah dengan kecamukan isu FGV mutakhir ini yang diperhatikan oleh pengundi muda melalui FB dan media baru. Keduanya faktor ketuaan saluran satu yang akan mengakibatkan berkurangan pengundi tetap BN. Di Felda Bukit Besar, Kulai, jumlah peneroka 450 orang lebih kurang.

Yang berbaki masih hidup sekitar 60 orang. Kebanyakan Felda di Johor seperti Bukit Ramun, Taib Andak, Tenggaruh dan lain-lain, jumlah peneroka hanya tinggal sekitar 25 peratus sahaja. Bakinya meninggal dunia. Begitu juga Felda-felda di Pahang dan Negeri Sembilan, peneroka sudah ramai meninggal dunia. Maka pengundi generasi kedua, ketiga dan keempat akan membentuk lebih 75 peratus undi. Lebih besar daripada pengundi peneroka yang berbaki.

Hal inilah yang akan menggugat BN di Pahang, Negeri Sembilan dan Johor. Jika Felda di Pahang boleh berubah pada pilihanraya 1999, kenapa tidak hal yang sama akan berlaku di Johor dan Negeri Sembilan pada pilihanraya kali ini, kerana faktor yang sama sedang melanda kawasan Felda hari ini. Malah lebih besar lagi. Di Pahang, hanya parlimen Kuantan dan Indera Mahkota sahaja tidak ada Felda. Baki 11 parlimen lagi mempunyai Felda yang banyak termasuk Pekan yang diwakili Perdana Menteri. Dua dun dalam parlimen Pekan pernah dimenangi PAS iaitu Kuala Pahang dan Chini. Dalam isu FGV, peneroka teramai yang menolak pinjaman dipaksakan untuk membeli saham ialah daripada Jengka dan Chini. Dalam kes sama Felda berkait isu penipuan gred sawit pun ramainya daripada Chini.

Inilah beberapa gambaran umum dan khusus berkait kawasan Felda untuk pilihanraya yang akan datang. Sebelum ini, analisis politik di ketiga negeri ini akan meletakkan Felda sebagai aset tetap BN dan menjadi penyebab Pakatan Rakyat sukar memenangi negeri tersebut. Tetapi jika formula kemenangan B.A di Pahang 1999 ini diambil kira, maka BN bukan sekadar boleh tergugat di tiga negeri ini, silap hari bulan pengundi Felda akan menjadi sebab tumbangnya BN di Pahang, Negeri Sembilan dan Johor. Harus diingat, pengundi di Felda majoritinya bukan lagi peneroka, tetapi generasi kedua dan ketiga.

Pengerusi ANAK di Lembah Klang.

PENCETUS MINDA RAKYAT http://www.wartautara.com

PENVET

Serupa tapi memang samalah, takcaya cuba tengok

PANAS: Ca teka tang mana yang sama...
Wakaka... hadoiihh....
Gua tergelak guling-guling... sakit perut...
Punyalah terdesak Umno / Be End neh dalam mencari pengaruh demi mempertahankan kuasa yang semakin lusuh!!!! Nampak sangat Umno dah kekurangan oksijen...

Dulu buku komik Najib Razak sebagai penyelamat dengan berlagak sebagai "Superman" disebarkan dan diedarkan secara percuma pada umum terutamanya kanak-kanak, kini buku latihan logo 1M'sia dengan wajah Najib Razak pula beredar rancak disekolah-sekolah.

Apa tujuan sebenarnya? Belum pernah terjadi sebelum ini.
Pa pun, pastikan anak-anak anda tak terpijak buku latihan neh jika tak mau anak anda diheret ke balai Polis nanti... wakakaa....

Katanya sokongan kat Najib dah melonjak sampai 72%. Mengapa perlu sampai begini punya lekeh Umno / Be End membuat propaganda murahan....

Dah macam negara China Komunis dan Korea Utaralah pula ni weh!!!!!