"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

SPRlah yang mengundangkan hura hara kalau terus mendiamkan diri - Datuk Dr Haron Din

Aslani M
KOTA BHARU: “Mengapa hendak dikait dengan Arab spring, sedangkan kita ada cara kita sendiri ala Malaysia. Kita boleh nyatakan pandangan kita. Demokrasi yang pincang dan SPR sepatutnya menjawab segala keraguan.

“SPRlah yang mengundangkan hura hara kalau terus mendiamkan diri. SPR bertanggungjawab memberi penjelasan segera bagi memuaskan hati rakyat bagi menutup ruang untuk diadakan protes jalanan,” kata Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din petang tadi.

Ketika ditemui selepas menziarahi Ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan, Datuk Mohamed Daud yang diserang strok kali kedua sejak lebih seminggu lalu, katanya mengapa tiada penjelasan sehingga hari ini dakwat yang didakwa kekal tetapi tidak kekal.

Katanya, beliau telah membuat laporan polis bagi membolehkan pasukan keselamatan itu menyiasat kerana disyaki ada sesuatu unsur penipuan yang berlaku.

Menurutnya, polis mempunyai kapasiti menyiasat siapa yang menipu siapa dalam kes tersebut.

“Pembekal membekalkan dakwat tidak kekal sedangkan dinama dakwat kekal. Ertinya pembekal menipu SPR. Kalau SPR memesan dakwat tidak kekal tetapi menamakan sebagai dakwat kekal, maka SPR menipu kerajaan dan menipu pengundi.

“Kalau kerajaan berpakat dengan SPR memesan dakwat yang tidak kekal tetapi mendakwa sebagai dakwat kekal, maka SPR bersekongkol dengan kerajaan menipu rakyat,” katanya.

Oleh itu katanya, beliau menyokong mana-mana perrhimpunan aman yang tidak mengundang kepada malapetaka. Lagi pun kekacauan yang berlaku sebenarnya berpunca daripada provokasi.

“Saya berharap pihak yang menganjurkan perhimpunan aman perlu menjaga keamanan.

“Saya juga telah membuat komen secara peribadi menerima keputusan pilihan raya dengan protes kerana ada kelemahan yang nyata berlaku. Dan ia hendaklah diperbaiki dan perlu diberi penjelasan segera oleh SPR,” katanya.

Papagomo mana mahu lari

Blog wfauzdin.blogspot.com

WAN Muhammad Azri Wan Deris yang disaman Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung paparan video seks dengan seorang lelaki, menafikan beliau pemilik blog 'Papa Gomo'.

Aku dari awal lagi dah agak si bacul ni hanya tunjuk hebat selama ini kerana Umporno sering lindungi dia. Dulu bukan main hebat, cabar Anwar saman semua artikel beliau yang menfitnah Anwar di dalam blognya. Blog beliau cukup dikenali dan digemari oleh puak-puak yang minat melihat video lucah. Popularnya si bacul ini hanya kerana bahan lucah dan fitnahnya sahaja. Rata-rata pemimpin PR dicabar oleh si bangsat ini agar menyamannya setiap kali beliau mencipta sesuatu fitnah. Ertikata lain, bangsat ini hanya makan dari hasil bikin cerita lucah atau buat cerita fitnah.

Sekarang bila berdepan di mahkamah, baru orang tahu rupa-rupanya si bangsat ini penakut sebenarnya. Mahu mengaku dia punya blog pun tidak ada kekuatan lagi. Al-maklumlah Umporno seolah-olah tidak lagi mahu melayani si bangsat ini kerana telah banyak duit habis disapunya, Anwar bukan sahaja kecundang bahkan berganda sambutan dan sokongan kepada Ketua Umum KEADILAN ini. Ertinya, tugas dan amanah Umporno kepada jantan celaka ini tidak mendatangkan hasil.

Papagomo dilanda musibah satu demi satu. Bininya telah meninggalkannya. Namanya semakin buruk bukan sahaja di mata penyokong-penyokong PR, bahkan ahli-ahli Umporno sendiri sudah rimas dengan tindakan si bodoh ini. Mereka harap bangsat ini boleh menyelamatkan Umporno dengan menjatuhkan imej Anwar, malangnya Papagomo sedikitpun tidak pernah berjaya melakukannya.

Akhirnya, Papagomo cuba untuk melarikan diri dengan tidak mahu mengakui bahawa beliaulah empunya blog Papagomo yang melucah itu. Sekarang balasan Allah kepada bangsat ini mulai dirasakannya.

Cabut peluru pada dahi guna playar

SEORANG rakan askar itu kemudian mencabut peluru tersebut dengan menggunakan playar.- YOUTUBE
MOSCOW: Satu rakaman video yang disiarkan di YouTube menunjukkan seorang lelaki mencabut peluru yang terlekat pada dahi seorang askar Rusia dengan hanya menggunakan playar, lapor akhbar dalam talian MailOnline semalam.

Dalam rakaman video itu, askar tersebut kelihatan tenang semasa peluru tersebut dicabut dengan menggunakan playar oleh rakannya.

Askar tersebut dilaporkan terkena peluru tersebut dalam pertempuran antara askar-askar Rusia dengan para pejuang Chechen.

Askar tersebut kemudian memeriksa kecederaan pada dahinya itu selepas peluru tersebut berjaya dikeluarkan hanya dalam tempoh beberapa minit. - Agensi