"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pakatan 2.0: Lengkaplah Kebodohan PAS

ramziredang
Dunia sedang memerhati. Mungkin ketua ulama duniapun sedang memerhati. Seluruh rakyat malaysia sedang ingin menahan ketawa. Pakatan 2.0 bakal menjadi jerat dua hala untuk PAS. Jika PAS tidak sertai Pakatan 2.0 bermakna PAS bodoh. Tetapi jika PAS sertai, PAS lagi bodoh. Sekarang cakap cakap pemimpin siku dan lutut PAS pun dah nampak ala ala bodoh. Sedangkan orang mukmin tidak bodoh

Masa rakyat berhimpun bersih PAS taknak amik bahagian, sebab itu la sebab ini la sebab sianu la sebab siani la sebab buat disinun la sebab buat disini la...macam macam. Tetapi tak lama lagi nak buat jugak kat kota bharu, nak berhimpun dan nak jemput semua orang yang dia tak hadir masa dia dijemput itu hari.

Bab PR 2.0 Ketua panglima siku dan lutut, sekarang dia sebagai ketua penerangan so kira kira dia nak terang la sikit,katanya dia taknak terburu buru sertai gabungan pembangkang baru Pakatan 2.0 Banyak strategi yang nak kena fikir. Mungkin dia nak fikir macamana cara strategi nak jalankan hudud melalui vellfirenya.

Atau mungkin aku dah salah faham, mungkin hudud telah dapat dijalankan sekarang. Kerana itulah dia sekarang dah boleh bersama sama dengan penentang hudud dalam PR 2.0 Dia mungkin dah hafal surah lain yang nak digunakan nanti supaya boleh je bersama para penentang hudud, syurga kan dia punya sebab tu boleh main tukar tukar ayat je.

Alah apa susahnyaaa, kita gabunglah dulu. Supaya pembangkang kuat. Bila dah kuat nanti apa nak susah, suruh la dewan ulama usulkan supaya berpecah. Senang jer.

Dia juga sudah boleh bersama sama dengan pengkhianat parti(yang sebenarnya pengkhianat Islam pada dia). Pengkhianata pengkhianat ini telah dibersihkan dari parti, jadi kalau bergabung sekarang dia tetap bersih dan tak kotor lagi. Dia pun dah beli kelambu sebab tu sekarang boleh je berkawan dengan nyamuk.

Dalam duk dengar penerangan siku dan lutut, terdengar pulak aku bunyi halus halus je. Ingatkan bunyi kentut rupanya bunyi ngauman cakar harimau. Garangnya mengalahkan bunyi kentut je. Cakar harimau cakap PAS masih memerlukan gabungan pembangkang. Ades meleleh hingus betul bunyi ngauman macam tu. Itu hari macam garang je..siap baca amanat arwah ayah lagi...haha. Kejab je dah nak langgar amanat arwah ayah. Hudud belum terlaksana oiiii...napa nak langgar cakar sendiri? dah takda tempat ke nak cakar sampai depan orang di cakar diri sendiri?malu orang tengok oiii.

Kalau nak citer banyakkk lagi bleh citer, tapi simpan lah sikit kebodohan diorang supaya generasi akan datang mengerti dan mengenang sejarah politik yang paling bodoh terpahat dalam sejarah negara.

Aku cuma nak bagi amaran je, kalau tak gabung PR 2.0 memang bodoh sebab kamu dah kena sembelih dek UMNO.

Tetapi kalau bergabung dalam PR 2.0, itulah bodoh yang paling bodoh di kalangan bodoh bodoh sedunia. Tak pasal pasal kamu kena bahagi kerusi bertanding nanti jadi pecah empat dengan AMANAH pulak. Oleh kerana kamu tidak amanah, tiba tiba orang lain dapat AMANAH. Habis tu kerusi deme makin banyak ke makin sikit bila gabung?

Dan bila gabung, secara tersohor seantaro dunianya kamu telah mengitiraf dan mengangkat martabat AMANAH(gerombolan orang orang yang engkau hinakan dengan berbagai panggilan hina) Kamu tak rasa ke kalau kamu muliakan balik orang yang kamu hina,nanti kamu pulak yang nampak hina??

Surah al imran

[3:26]
Katakanlah: "Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.
-detikdaily-

Annuar Musa mengesahkan penyertaan ribuan ahli PAS dalam perhimpunan 'Baju Merah'

Pas punca penyertaan himpunan di luar jangkaKUALA LUMPUR: Penganjur perhimpunan baju merah, Tan Sri Annuar Musa mengakui beliau ada menghubungi pemimpin Pas untuk mempelawa parti itu untuk serta dalam program itu.
"Saya akui saya berhubung secara langsung dengan pimpinan Pas, Datuk Takiyuddin Hassan, secara tidak rasmi mereka tidak halang ahli-ahli datang, itu pun sudah cukup bagi kita.

"Saya tak tahu (berapa ahli Pas hadir) sebab saya diberitahu secara tidak formal, mereka menjanjikan 10,000 ahli akan turut hadir," katanya kepada pemberita selepas berakhirnya Himpunan Baju Merah di Padang Merbok, di sini, hari ini.

Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) sebelum ini mengumumkan untuk mengadakan perhimpunan Rakyat Malaysia Bersatu di lokasi sama.

Dalam masa sama, Pengerusi Gabungan NGO Melayu Malaysia, Datuk Jamal Md Yunos sebelum ini mengumumkan memberi komitmen untuk mengumpul sehingga 30,000 ahlinya dalam perhimpunan baju merah itu.

Ditanya tentang khabar angin mengatakan Ketua Pemuda Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz hadir pada perhimpunan itu, hari ini, beliau bagaimana tidak dapat mengesahkannya.

"Saya terima visual di hadapan Padang Merbok bahawa Nik Abduh bersama dengan kumpulan pengiringnya.

"Sama ada dia hadir atau tidak, yang saya pasti ahli-ahli Pas juga bersama, kalau tidak seramai ini kita, semua datang, saya ucapkan ribuan terima kasih," katanya lagi.
-sinarharian-

Annuar Musa dinasihat jangan jadi seperti Yahudi

Mohamad Fadli 
Wan-Ji-Wan-Hussin_Annuar-Musa_600PETALING JAYA: Kenyataan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Annuar Musa yang menyifatkan perkauman itu dituntut dalam Islam bagi mempertahankan hak adalah bertentangan dengan ajaran Islam.
Badan Pemantapan dan Pemahaman Agama, Angkatan Muda Keadilan (AMK) Wan Ji Wan Hussin berkata, kenyataan Annuar itu boleh merosakkan imej Islam.

Malah, katanya, kenyataan Annuar itu juga seolah-olah mengikut jejak langkah Yahudi kerana dalam al-Quran ada menyebut sesiapa yang mengagumkan bangsa adalah Yahudi.

“Di Malaysia, terdapat pelbagai agama yang dianuti, seperti Hindu, Buddha, Kristian termasuk agama Islam.

“Semua agama ini tidak menyeru kepada perkauman,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Bekas ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Selangor turut memberi amaran supaya Annuar jangan mengaitkan Islam dengan perkauman.

Katanya, perbuatan itu seperti mahu merendah-rendahkan martabat Islam di hadapan penganut agama lain.

“Sebagai orang beragama Islam, sewajibnya Annuar menonjolkan Islam sebagai agama yang memberi rahmat sekalian alam, bukan memberikan imej buruk pada Islam sehingga sanggup selewengkan Islam yang kononnya pro-perkauman,” katanya.
-fmt-