"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pas sedang mencari hujah dan dalil kukuh untuk berkerjsama dengan Umno?

Berbincang dengan Umno, Pas tidak tolak kemungkinan itu
Mohd Sayuti Omar
"Terlalu awal untuk berbuat begitu (berbincang dengan Umno) tetapi ia tidak mustahil," demikian ulas seorang pemimpin kanan Pas bila ditanya kewujudan pakatan baru, Pakatan Harapan yang diputuskan lewat tengah hari tadi.

Pemimpin kanan Pas itu berkata dalam politik tidak ada sebarang kemustahilan. "Iya memang ada..." katanya apabila disoal apakah benar Pas sudah merancang untuk berbincang secara serius dengan Umno bagi bekerjasama dalam pilihan raya akan datang.

"Enta pun dah tulis dan semacam besetuju kalau Umno berkerjasama dengan Pas, baiklah tu..." ujarnya lagi cuba mengelak.

"Saya tidak boleh bagi tahu kerana ini rahsia, kalau enta nak tembak silakan," kata pemimpin itu lagi. Tegasnya beliau tidak menolak kerjasama dengan Umno tetapi tidak mahu mengesahkan. "Tidak boleh sahkan, tidak boleh.." begitulah kata pemimpin itu apabila dijolok apakah benar sudah ada perbincangan sulit dilakukan pemimpin tertentu dengan Najib Razak dan Zahid Hamidi.

Adalah dipercayai sehari dua lagi akan ada perkembangan yang bakal mengejutkan pemerhati politik dengan tindakan Pas ini serta membolehkan orang membaca peta politik Pas. Keadaan hari ini dalam Pas sudah tidak ada orang yang bercanggah pendapat atau pun yang menentang kalau rancangan kerjasama Pas - Umno itu diadakan.

Sebelum ini Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat merupakan kuasa penentang kerjasama itu. Kemudian dengan terkeluarnya golongan profesional yang menentang kerjasama Umno - Pas, apabila kalah dalam pemilihan pada muktamar lalu, kini tinggal dalam Pas semua mereka yang suka kalau parti agama itu bekerjasama dengan Umno.

Kerjasama penting dan diperlukan bagi sesetengah pihak dalam Pas bagi mengekalkan status quo yang ada serta mendapat manfaat peribadi dengan kuasa yang dipegang Umno sebagai tunggak kerajaan. Dalam pada itu difahamkan Pas sedang mencari hujah dan dalil kukuh kenapa mereka perlu berkerjsama dengan Umno.

Saya tak cuba rogol artis - Ketua UMNO Sungai Besar

Faiz Zainudin
jamal,rogol
AMPANG: Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Mohd Yunos menyelar pihak yang mengaitkan dirinya dengan dakwaan cuba merogol seorang artis tempatan, Eina Azman.

Malah, beliau menolak dakwaan itu dengan menyatakan ia sebagai satu fitnah yang sengaja direka.

“Memang saya kenal ramai artis kerana saya juga mempunyai perniagaan dalam bidang hiburan tetapi kami sekadar berkawan. Tidaklah sampai hendak melakukan perkara-perkara tak elok.

“Saya ada isteri dan keluarga. Kami hidup bahagia tetapi mungkin ada yang cemburu maka fitnah seperti itu pun direka dan disebarkan,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya pada Rabu.

Baru-baru ini, beberapa blog telah memainkan isu apabila Jamal yang merupakan pemilik rangkaian Restoran Sekinchan Ikan Bakar didakwa pernah melakukan cubaan mahu merogol pelakon berkenaan.

Berita itu turut disebarkan oleh pengguna media sosial menerusi laman Facebook.

Dalam pada itu, Jamal meminta semua pihak agar tidak mudah untuk mempercayai berita yang tersebar itu sebaliknya, mahu mereka berfikir secara logik sebelum menerimanya bulat-bulat.

Dalam perkembangan lain, Jamal menafikan tuduhan bahawa beliau seorang individu yang membenci bangsa Cina.

Tegasnya, perkara itu merupakan satu fitnah yang melampau dan direka bagi menjatuhkan perniagaan dan karier politiknya.

“Saya orang bisnes. Bodohlah saya kalau buat kenyataan tak benarkan orang Cina datang tidur di hotel atau makan di restoran saya.

“Ini fitnah yang sangat terlampau. Ekoran berita fitnah itu, ramai yang menghentam saya terutama di laman-laman sosial. Apa yang menghairankan, ramai yang percaya berita fitnah itu,” katanya.

Kata Jamal lagi, sejak menjadi Pengerusi Gabungan NGO Melayu Malaysia, apa juga fitnah yang datang akan ditangani sebaik mungkin.
-fmt-

Selamat Dari Jadi Mangsa Rogol Setelah Pura-Pura Mati

Penampang - Seorang gadis mengejutkan penduduk di kampung Koidupan di sini apabila muncul dengan keadaan lemah dan berdarah di muka.

Kejadian diceritakan oleh salah seorang penduduk kampung berkenaan di Facebook. Menurut individu terbabit, gadis asing itu muncul ketika penduduk sedang bermesyuarat Agung Tahunan PBS di Balairaya Kg Koidupan.
Tambah individu tersebut, gadis itu berkata dia menjadi mangsa ragut hampir menjadi mangsa rogol sebelum dicampak ke dalam parit apabila berpura-pura mati.

Gadis berkenaan di hantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk rawatan lanjut.

Setakat ini masih belum ada laporan rasmi tentang kejadian - Siakapkeli.my
-tranungkite-