"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Batu 'terapung' di India (Gambar)

Batu 'terapung' di India
Batu 'terapung' di India
BATU gergasi dikenali sebagai Krishna's Butter Ball merupakan satu fenomena unik yang boleh ditemui di bandar Mahabalipuram di selatan India.

Menurut Amusing Planet, batu yang mempunyai ukuran ketinggian melebihi 10 meter dengan diameter melebihi lima meter ini terletak di lereng sebuah bukit dan menjadi tarikan bagi penduduk dan pelancong asing.

Jika dilihat pada mata kasar, batu gergasi ini sudah pasti bergolek ke bawah namun ia tetap kekal pada kedudukan asal selama ratusan tahun.

Masyarakat tempatan percaya batu tersebut dihasilkan daripada mentega, namun ada juga yang menganggap batu berkenaan dihasilkan oleh makhluk asing.

Apa pun, batu yang turut dikenali sebagai Vaan Irai Kal oleh penduduk tempatan ini benar-benar satu fenomena alam yang menakjubkan. 
-sinarharian-

Video: Kisah sebalik video lelaki didakwa disihir bini muda

KISAH SEBENAR VIDEO LELAKI DISIHIR BINI MUDA
Janda muda beranak tiga itu dikatakan sanggup mengambil jalan sihir bagi memisahkan suami dengan bekas isteri dan anak-anaknya.

Video berdurasi 3 minit yang viral di laman sosial itu menunjukkan seorang lelaki sanggup menyimbah air dan mengusir anak-anaknya yang berada di luar pagar.

Difahamkan, 4 beradik berkenaan berjumpa ayahnya untuk untuk meminta diwalikan namun disimbah air sebanyak tiga kali.

Menurut individu yang memuatnaik video itu, lelaki itu merupakan merupakan seorang guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di SMK Sanglang, Perlis.

"Kesan hasutan bini muda janda beranak tiga akibat terkena sihir. Selepas berkahwin dengan bini muda, pertalian dengan anak hilang. Si bapa bagaikan dikawal oleh isteri muda. Semoga Allah memberikan balasan kepada bini muda yang memutuskan pertalian darah daging," katanya.

Anak saudara lelaki itu, Adam Haziq juga tampil menceritakan kisahnya. Menurutnya, Ayah kepada saudaranya telah berkahwin dengan bini muda dan apa yang berlaku, ayahnya seolah-olah bukan dirinya yang dulu. Tanggungjawab sebagai ayah dan anaknya juga diabaikan. Walaupun begitu, anak-anaknya selalu merinduinya.

Anak-anaknya itu pergi ke rumah lama ayahnya untuk bertemu dengan ayahnya. Namun, mereka disambut dengan simbahan air baldi oleh ayahnya, isteri muda dan anak-anak tirinya. Si anak menunggu untuk bertemu ayahnya sambil membaca rukyah dan sehinga azan berkumandang.

Tiba-tiba, keluar perkataan "Lada Ayah" di dinding rumah lama mereka yang kini didiami oleh ayahnya bersama isteri mudanya. Anak saudaranya itu juga pelik dan mempersoalkan kejadian pelik itu. Lada Ayah? Mereka meminta siapa-siapa yang pakar dalam bidang sihir dan mistik untuk menghubungi mereka mengenai apa yang mereka perlu lakukan untuk menghadapi situasi misteri sebegini.

Abah siram, halau anak kerana disihir bini muda? oleh kinitv

Zaid Ibrahim sekolahkan AG dan IGP

 Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim hari ini memberi tunjuk ajar kepada Peguam Negara Mohamed Tan Sri Apandi Ali dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam menangani kemelut pen drive.
Bagi AG, katanya, Apandi perlu berbincang dengan pendahulunya, Tan Sri Abdul Gani Patail, dan kemudiannya menghantar pasukan penyiasat ke Amerika Syarikat untuk mengkaji kandungan pen drive itu.

"Adakah beliau telah melihat pen drive Charles (Suresh Morais) didakwa diterimanya daripada abangnya (Kevin Anthony Morais)?

"Peguam Negara tidak boleh begitu cepat untuk membakul-sampahkan dakwaan yang sebegitu serius. Beliau harus berminat dengan aduan itu dan bukannya sama ada Charles seorang bankrap atau tidak.

"Tidak ada keperluan untuk berbuih di mulut apabila seseorang membuat dakwaan ke atas pemimpin kita. Tidak ada keperluan untuk berkelakuan seperti seorang pembantu peribadi kepada Perdana Menteri.

"Tenang dan profesional pada setiap masa," katanya dalam blog yang dikemas-kini hari ini.

Rabu lalu, Charles mendedahkan akuan bersumpah kepada media yang mendakwa ada konspirasi dalam pembunuhan abangnya.

Beliau juga mendakwa memiliki sebuah pen drive yang memperincikan kes yang dikendalilkan oleh Kevin, seorang timbalan pendakwa raya kanan.

Ahli perniagaan yang berpangkalan di Amerika Syarikat mendakwa Kevin juga memberitahunya beliau mengendalikan kes-kes yang melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Kevin ‘dipinjamkan’ kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), yang sedang menyiasat derma RM2.6 bilion dan dana SRC International sebanyak RM42 juta yang dilaporkan disalurkan ke dalam akaun bank peribadi Najib.

Perdana Menteri menafikan menggunakan wang rakyat itu untuk kepentingan peribadi.

Gangguan tidak sepatutnya

Sementara itu, Zaid juga membidas Ketua Polis Negara kerana melabelkan Charles sebagai pengecut kerana melarikkan dirinya selepas membuat pendedahan SD itu.

"Ini tidak sepatutnya. Reaksi yang lebih profesional adalah mengakui betapa seriusnya tuduhan itu dan berikrar bahawa satu pasukan siasatan akan dihantar ke alamat Charles di Amerika Syarikat secepat mungkin.

"Serangannya ke atas (peguam) Americk (Sidhu), yang mewakili Charles, dan menghantar polis menyoal siasat peguam itu adalah gangguan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang pegawai polis atasan.

"Mengapa Americk bantu anak guamnya untuk merangka SD adalah kemungkinan satu jenayah tetapi tidak bagi Cecil Abraham (berhubung SD dari penyiasat persendirian P Balasubramaniam)?" soalnya.

Cecil disiasat oleh panel tiga anggota Jawatankuasa Lembaga Disipin, Majlis Peguam atas dakwaan salah laku profesional kerana didakwa menyediakan SD untuk Balasubramaniam yang bukan anak guamnya.

SD yang menjadi perbalahan itu adalah untuk menafikan pengakuan bersumpah pertama Balasubramaniam yang mendakwa Najib dan beberapa tokoh lain ada kaitan dengan pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada tahun 2006.

Balasubramaniam juga kebetulan adalah anak guam Americk.
-malaysiakini-