"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Gambar wanita dihempap bongkah konkrit

Wanita dihempap bongkah konkrit
St Petersburg: Seorang wanita cedera parah di kepala selepas dihempap bongkah konkrit yang jatuh dari sebuah balkoni ketika dia menolak kereta sorong anaknya.

Bagaimanapun, anaknya bernasib baik kerana tidak cedera.

Ibu berusia 31 tahun itu dikejarkan ke hospital dan dipercayai tenat.

Polis kini berusaha mencari saksi, tetapi percaya bongkah konkrit berkenaan jatuh dari balkoni sebuah bangunan kediaman.

Mereka menyifatkan ia kes jenayah kerana mengesyaki kejadian berpunca daripada kegagalan menyelenggara bangunan itu.
-kualalumpurpost-

Video wanita kencing dalam lif viral

Video wanita kencing dalam lif viral
Tindakan tidak senonoh seorang wanita membuang air kecil dalam lif memakan dirinya sendiri apabila rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang merakam perbuatannya itu tersebar di media sosial.
HONG KONG - CHINA . Tindakan tidak senonoh seorang wanita membuang air kecil dalam lif memakan dirinya sendiri apabila kamera litar tertutup (CCTV) yang merakam perbuatannya itu tersebar di media sosial.

Memetik laporan portal antarabangsa, Shanghaiist.com, wanita itu kini bukan sahaja menerima kecaman netizen, malah pihak berkuasa turut menggunakan rakaman CCTV untuk mengesan wanita itu dan juga rakannya yang turut berada dalam lif berkenaan.

Memetik laporan sama, ‎wanita itu dikatakan masuk ke dalam lif yang kosong bersama rakan lelakinya dan terus duduk mencangkung membuang air di lantai lif sementara rakannya menunggu di hadapannya.

Sesudah menyelesaikan 'urusannya', lelaki dan wanita tersebut keluar secara tergesa-gesa dari lif.

Insiden tersebut yang mengambil tempat ‎di sebuah pusat beli-belah di bandar besar itu telah mengundang kemarahan orang ramai yang terus menerus menggesa pihak berkuasa mengesan dan mengenakan tindakan undang-undang ke atas pasangan tersebut.
-sinarharian-

Bomba gesa jangan viralkan berita ‘wanita ditelan ular sawa’ (Gambar)

ular
IPOH: Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak hari ini menafikan berita yang menjadi viral di laman sosial bahawa seorang wanita ditelan ular sawa di Taiping.

Pengarahnya, Datuk Yahya Madis berkata perkara itu adalah tidak benar ‎dan pihaknya tidak pernah menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu.

“Mesej mengenai ular sawa telan manusia di Jalan Aulong, Taiping tersebut ‎adalah palsu yang pernah diviralkan dahulu dan kini disebarkan semula,” katanya dalam satu kenyataan.

Selain memaparkan gambar seekor ular sawa yang ditangkap pihak bomba, viral ‎tersebut menyatakan reptilia itu diserah kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negera (Perhilitan) Perak./Bernama
-kualalumpurpost-