"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Suamiku rupa-rupanya wanita! (Gambar)


Suwarti (baju biru) disiasat pihak polis Indonesia selepas didakwa melakukan penipuan apabila menyamar sebagai seorang lelaki untuk berkahwin dengan wanita lain. - Agensi
BOYOLALI - INDONESIA . Macam-macam!, seorang wanita dari Boyolali, Jawa Tengah, tidak menyangka bahawa 'suami' yang dikahwininya sejak beberapa bulan lalu sebenarnya wanita.

Memetik laporan portal Jakarta Post, melaporkan bahawa wanita itu yang dikenali sebagai Heniyati, 25, hanya mengetahui identiti sebenar suaminya Efendi Saputra, 40, (Suwarti) selepas tiga bulan menjalani kehidupan sebagai pasangan suami isteri

"Dia (Efendi) memalsukan semua dokumen untuk perkahwinan itu. Dia merubah nama dan jantina dia daripada wanita kepada lelaki. Keluarga saya dan saya telah ditipu. Kami berasa malu," kata ahli keluarga terdekat Heniyati.

Pasangan itu bertemu pada akhir 2015, sepanjang pertemuan itu Efendi mendakwa bahawa dirinya merupakan seorang anggota polis, Heniyati mempercayainya kerana rupa Efendi iras seperti lelaki dengan potongan rambut pendek persis perwatakan seorang anggota polis, selepas bercinta selama enam bulan, mereka bersetuju untuk berkahwin.

Namun, selepas mereka berkahwin, Heniyati mula merasa curiga terhadap Efendi kerana enggan melaksanakan tanggungjawab sebagai suami dan menjalinkan hubungan intim dengannya, keraguan itu menyebabkan Heniyati mula mendapatkan maklumat mengenai suaminya itu, sehinggalah satu hari Heniyati mengeledah dompet Efendi dan mendapati di kad pengenalan Efendi tertera nama seorang wanita iaitu bernama Suwarti.

Heniyati dan keluarganya kemudian melaporkan kes itu kepada pihak polis.

Ketua Polis Boyolali, Adj Sr Cmr Agung Suyono mengesahkan laporan itu dan mengatakan bahawa Efendi, sudah berada dalam tahanan polis untuk tujuan siasatan.

"Siasatan awal mendapati Suwarti memalsukan semua dokumen peribadinya untuk urusan lesen perkahwinannya.

"Kami masih menyoal beliau untuk mengetahui motif untuk kelakuan itu," katanya sambil menambah bahawa Suwarti akan didakwa atas kesalahan penipuan dan pemalsuan dokumen.
-sinarharian

25 kejayaan Turki yang dicatat Dunia di bawah kepemimpinan Presiden Recep Tayyip Erdogan (video)

Rakyat Malaysia di Istanbul cerita detik cemas

Keadaan di Istanbul menakutkan, kereta kebal berkawal di merata tempat dan bunyi jet pejuang kedengaran setiap masa, kata seorang rakyat Malaysia yang kini berada di Turki, berhubung cubaan rampasan kuasa di negara itu.

Menceritakan detik cemas itu, Aizat Shamsuddin, 24, berkata beliau yang dalam perjalanan menaiki bas menuju ke Lapangan Terbang Ataturk di Istanbul telah ditahan oleh anggota tentera.

"Pemandu bas mengarahkan kami semua keluar kerana tentera tidak benarkan kami pergi ke lapangan terbang itu.

"Mereka (anggota tentera) adakan sekatan jalan di semua kawasan dan tidak benarkan orang awam lalu, saya naik teksi dan gunakan jalan lain tetapi tidak berjaya," katanya kepada Bernama menerusi aplikasi WhatsApp.

Aizat yang dalam perjalanan ke Durban, Afrika Selatan untuk menghadiri persidangan anjuran sebuah badan bukan kerajaan, transit di Istanbul kira-kira tujuh jam sebelum mengambil penerbangan sambungan.

Beliau berkata terdapat sekumpulan kecil rakyat Turki yang cuba menimbulkan provokasi dan protes terhadap anggota tentera yang membuat sekatan.

Katanya tindakan kumpulan itu menyebabkan anggota tentera melepaskan beberapa das tembakan ke udara sebagai tanda amaran.

"Saya bersama beberapa rakyat negara itu lari selepas tembakan itu kerana bimbang akan keselamatan diri.

"Bunyi azan juga kedengaran setiap masa dan memang ini pengalaman yang menakutkan... harap tiada benda buruk berlaku," katanya.

Aizat berkata beliau telah menghubungi Kedutaan Malaysia di Turki dan kini berada di lobi sebuah hotel yang terletak lima kilometer dari Lapangan Terbang Ataturk.

"Saya menaiki sebuah kereta milik pramugari Turkish Airlines untuk ke hotel itu... bayangkan lapan orang berada di dalam kereta sebesar kereta Perodua Axia.

"Demi menyelamatkan diri sanggup berhimpit... memang askar ada di mana-mana dan ini merupakan pengalaman ngeri...harap semuanya selamat," katanya.

Tentera Turki cuba melakukan rampasan kuasa pada Jumaat, mengakibatkan keadaan huru-hara apabila tentera menguasai jalan-jalan di Ankara dan Istanbul.

Agensi berita China Xinhua melaporkan bahawa penempatan tentera dengan dilengkapi senjata berat dapat dilihat pada awal pagi Sabtu di Ankara, ibu negara Turki, dan Istanbul, bandar dengan jumlah penduduk paling padat di negara itu.

Dalam sidang akhbar di Istanbul, Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan dilaporkan berkata mereka yang terlibat dalam cubaan rampasan kuasa itu akan dihukum dan misi untuk membersihkan sepenuhnya elemen khianat dalam tentera Turki telahpun bermula.
-Bernama