"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Perut terburai jatuh tingkat 19 (Gambar)

MUHAMMAD AFHAM RAMLI


Mayat mangsa dibawa ke HKL untuk bedah siasat.

KUALA LUMPUR - Mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan perut terburai selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 19, sebuah flat di Setapak, di sini, semalam.

Ketua Polis Wangsa Maju, Superintendan Noor Azmi Yusoff berkata, dalam kejadian kira-kira jam 4.16 petang, mangsa berusia 42 tahun ditemui di kawasan pembuangan sampah di flat tersebut.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati mangsa patah tangan kanan dan kedua belah kaki selain perut terburai.

"Berdasarkan maklumat dari rakan mangsa, mangsa yang masih bujang adalah seorang pengemis dan selalu berlegar-legar di kawasan tersebut untuk meminta sedekah.

"Malah pemeriksaan di badan mangsa turut terdapat kesan lama kebakaran dan maklumat dari rakannya bahawa dalam tiga hingga empat tahun lepas, mangsa pernah cuba untuk bunuh diri dengan membakar diri," katanya.

Beliau berkata, mangsa juga dimaklumkan bahawa tidak waras.

Katanya, kematian mangsa tiada unsur jenayah dan siasatan bagaimanapun masih dijalankan.

"Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut," katanya.

Bekas ADUN wanita Selangor ditahan SPRM

Grace Aisyah Kedayan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan seorang bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Negeri Selangor bagi membantu siasatan berkaitan salah guna kuasa berjumlah lebih RM50,000, hari ini.

Bekas ADUN wanita berusia 56 tahun itu ditahan kira-kira pukul 5.50 petang di Pejabat SPRM Selangor ketika hadir untuk memberi keterangan.

Sementara, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan mengenai penahanan tersebut.

Katanya, penahanan itu dibuat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Difahamkan, suspek akan dibawa Mahkamah Majistret Shah Alam untuk permohonan reman esok.

Menurut sumber suruhanjaya itu, bekas ADUN tersebut dipercayai telah melantik sebuah syarikat sebagai pembekal bagi Program Masyarakat Pusat Khidmat DUN yang mana syarikat tersebut merupakan syarikat milik anaknya.

100 orang saksi pasangan lesbian Terengganu disebat

FMT Reporters

Pasangan terbabit dijatuhi hukuman denda sebanyak RM3,300 setiap seorang dan 6 sebatan selepas mengaku bersalah kerana musahaqah.
PETALING JAYA: Kira-kira 100 orang khalayak umum menyaksikan sepasang kekasih lesbian dihukum sebat di Mahkamah Syariah Kuala Terengganu, hari ini.

Berita Harian melaporkan pesalah itu yang masing-masing berumur 22 dan 32 tahun disebat sebanyak 6 kali setiap seorang di hadapan Ketua Hakim Syarie Terengganu, Wan Mohd Zakri Wan Mohd; Hakim Kanan Syarie Terengganu, Rosdi Harun dan Hakim Syarie, Kamalruazmi Ismail pada jam 10.00 pagi.

Hukuman sebat di khalayak umum itu adalah pertama kali dilakukan di negeri ini yang dilaksanakan oleh Jabatan Penjara Malaysia di dalam Dewan 2 Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu.

Turut hadir menyaksikan hukuman itu ialah ahli Yang Dipertuan DUN, Yahaya Ali; Pengerusi Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Satiful Bahri Mamat; Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Amzad Hashim; keluarga pesalah; wakil badan peguam; badan bukan kerajaan (NGO) dan wakil media.

Pada 18 Ogos lalu, pasangan terbabit dijatuhi hukuman denda sebanyak RM3,300 setiap seorang dan 6 sebatan selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 30 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 yang dibaca bersama Seksyen 59 (1) enakmen yang sama kerana musahaqah.