"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

‘Earphone’ boleh pekakkan telinga, jejaskan otak

Aslinda Nasir

Bukan lagi perkara asing apabila melihat generasi muda pada zaman kini gemar memakai “earphone” untuk mendengar muzik, bermain “game”, serta menonton filem.
Malah ia juga antara aksesori yang boleh dikatakan wajib ada setiap individu sama ada untuk mendengar audio dengan lebih jelas atau berbual menerusi telefon.

Namun sedarkah anda, dengan memakai “earphone” boleh mengakibatkan kesan yang besar kepada otak anda?

Kenyataan itu dikukuhkan lagi apabila professor kesihatan komuniti dari Universiti California, Dr Joel Moskowitz menjelaskan bahawa pendedahan alat teknologi seperti ini sangat berbahaya kepada tubuh badan manusia.

Tambahnya lagi, komunikasi seperti itu boleh memberi kesan negatif kerana ia menggunakan teknologi induksi magnetik.

Dalam erti kata lain, gelombang yang terhasil daripada “earphone” boleh menjejaskan otak.

Selain itu, kajian National Institutes of Health (NIH) turut menyatakan yang “earphone” menjejaskan sistem neurologi, reproduktif dan genetik dimana ia boleh mengakibatkan kanser.

Malah ada di antara mereka yang menggunakan “earphone” untuk mendengar alunan muzik sebelum tidur dan akhirnya terlena, juga mampu menyebabkan maut kerana terkena renjatan elektrik.

Jika selama ini anda menggunakan “earphone” namun tidak pernah mendapat kesan sampingan tersebut, jangan fikir anda selamat.

Ini kerana anda juga boleh berdepan cacat kekal tanpa anda sedari iaitu pekak.

Hasil kajian penyelidikan dari Committee on Emerging and Newly Identified Health Risks mendapati risiko kehilangan pendengaran boleh terjadi seawal pertengahan usia 20-an.

Ia berikutan pendengaran yang dibuat banyak melalui “earphone” dengan kenyaringan tinggi sekaligus menyebabkan kemampuan pendengaran merosot.

Manakala, menurut myhealth.com pula, walaupun kehilangan pendengaran disebabkan bunyi tidak menyakitkan namun ia memberi kesan negatif secara perlahan-lahan serta bersifat kekal.

Minta nak peluk Islam ketika YB agih bantuan banjir

NUR FARHANA ABDUL MANAN
KLANG - Di sebalik kesibukan mengagihkan bantuan kepada mangsa banjir di sekitar Taman Daya di sini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar mendakwa terkejut didatangi seorang lelaki yang meminta untuk memeluk Islam lewat malam tadi.

Menginsafi hidayah ALLAH SWT itu, Mohd Fakhrulrazi berkata, beliau terus mengajar lelaki tersebut mengucap dua kalimah syahadah di hadapan beberapa ahli keluarga lelaki tersebut.

Menurutnya Mohd Fakhrulrazi, beliau turut memberi penerangan mengenai agama Islam sebelum mengajar lelaki tersebut mengucap dua kalimah syahadah.

"Saya didatangi Kumaresan lebih kurang jam 11 malam ketika sedang mengagihkan bantuan makanan kepada beberapa mangsa banjir kilat semalam.

"Kumaresan juga ada bertanya beberapa perkara dan memberitahu dia sudah lama ingin memeluk Islam selepas tertarik dengan agama ini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Rakaman video Mohd Fakhrulrazi mengajar lelaki tersebut mengucap dua kalimah syahadah itu terus tular di media sosial.

Rakaman video berdurasi 2 minit 16 saat itu menunjukkan Mohd Fakrulrazi bertemu Kumaresan di hadapan rumah lelaki itu.

Selepas memberi penerangan, Kumaresan kemudian dirakam mengucap dua kalimah syahadah.

Mohd Fakrulrazi kemudian dilihat memeluk lelaki tersebut sebelum mencium dahinya sebagai tanda kesyukuran.

Mohd Fakrulrazi memberitahu, beliau akan mengambil tindakan susulan membawa lelaki tersebut ke pejabat agama berhampiran untuk proses selanjutnya.

"Saya dimaklumkan ada beberapa ahli keluarga Kumaresan sudah memeluk Islam sebelum ini.

"Tak terkata rasa gembira dapat Islamkan seorang hamba ALLAH semalam. Semoga saudara Kumaresan dipermudahkan segala urusan dan menjadi Muslim yang bertakwa," katanya.

Jangan beri muka dengan lebai kaki fitnah

Mahfuz fail writ saman terhadap Adun Jeneri dakwaan memfitnah
MALAYSIADATELINE


Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar telah mengemukakan writ saman kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ke atas seorang Adun Pas yang didakwa memfitnahnya di laman facebook pada Julai lepas.

Menurut sumber writ saman yang dikemukakan oleh peguam dari Tetuan Akram Hizri Azad dan Azmir yang mewakili Naib Presiden AMANAH itu telah difailkan pada 9 Oktober lepas.

Dalam writ saman tersebut menyebut Defendan Adun Jeneri Muhammad Sanusi Md Nor pada 30 Julai 2019 telah dengan niat jahat untuk menjatuhkan maruah, mengaibkan dan memfitnah Plantif dengan menerbit dan menyebarkan satu tulisan beserta 2 keping gambar di laman facebook Defendan.

Antara petikan yang dimuat naik di laman facebook Muhammad Sanusi yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Kedah itu adalah seperti berikut:

“Sejak jadi pemimpin PAN dan PH, dihadiahkan jawatan Timbalan Menteri,sensitiviti terhadap judi dan premis perjudian pun hilang pudar bersama maruah dan kebolehpercayaan.

“Tukar pasti saja kan – bukan tukar agama pun…kata mereka itu mewajarkan pengkhianatan.

“Kini mereka berkhianat pula kepada pengundi mereka apabila bermudah-mudahan dengan kemasukan premis sport toto ke kawasan yang majoritinya adalah umat Islam…

“Talkinkan saja jiwamu, hiduplah dengan jasad yang makin kerepot.” tulisnya di facebook.

Mahkamah menetapkan tarikh pengurusan kes bagi tindakan guaman pada 29 Oktober ini jam 9 pagi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.