Rizal Hamdan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terlahir berikutan krisis global. Setelah 75 tahun, PBB sekali lagi berhadapan dengan krisis global, dalam bentuk penularan wabak Covid-19.
Pada 26 September yang lalu, Perdana Menteri Malaysia, Muhyiddin Yassin telah membuat penampilan pertamanya sebagai ketua kerajaan melalui ucapan sulungnya (pernyataan video pra-rakaman) di Perhimpunan Agung PBB (UNGA).
Sebagai pemerhati dasar luar, saya gembira kerana ucapan beliau merangkumi beberapa perkara penting berhubung dinamika baru hubungan antarabangsa.
Walaubagaimanapun, beberapa isu penting berkenaan kepentingan nasional dan keamanan rantau seolah-olah sengaja ditinggalkan.
Oleh itu, saya akan membincangkan dua isu utama dan analisis menyeluruh saya terhadap ucapan tersebut.
Reformasi PBB: Suatu keutamaan
Saya memuji perdana menteri kerana berani menyampaikan seruan untuk mereformasi sistem PBB, khususnya Majlis Keselamatan.
Dalam ucapannya, perdana menteri berpendapat: “differences in the Security Council left the body, as it has so many times, indecisive and ineffective”. (banyak kali perbezaan dalam Majlis Keselamatan PBB menjadikan badan itu tidak dapat membuat keputusan dan tidak efektif)
Kritikan utama terhadap Majlis Keselamatan adalah berkenaan kuasa veto yang dipegang oleh anggota tetap (United Kingdom, Perancis, Republik Rakyat China, Rusia, dan Amerika Syarikat).
Komposisi anggota tetap tidak lagi menggambarkan tata semasa dunia.
Dunia telah melalui banyak krisis besar sejak runtuhnya Tembok Berlin, namun Majlis Keselamatan tetap mengekalkan formula keseimbangan kuasa (balance of powers) yang usang.
Formula pasca Perang Dunia yang kuno ini telah menghambat banyak cadangan konstruktif untuk mengekalkan kedamaian di dunia masakini.
Memetik kata-kata mantan Presiden Perhimpunan Agung (1996/1997) Tan Sri Razali Ismail dalam memoirnya, “…since transformations originate from the mind, an entire mental mindset must transform." (Memandangkan transformasi berasal dari minda, seluruh pola fikir perlu berubah)
Berikutan itu, proses reformasi sistem PBB tidak harus hanya pada tahap struktur, namun perlu diperingkat kerangka pemikiran.
Sejah mencatatkan, legasi membanggakan Dr Mahathir Mohamad yang tegas dan lantang di platform antarabangsa tanpa berbasa-basi atau hanya sekadar mengambil hati kuasa-kuasa besar berjaya mengangkat imej Malaysia di peringkat dunia.
Sekurang-kurangnya Muhyiddin Yassin perlu mempertahankan tradisi pendekatan kritikal negara kita di arena antarabangsa.
Malaysia dan agenda kemanusiaan
Perjuangan rakyat Palestin sentiasa dekat di hati dan seolah-olah telah menjadi tanggungjawab tetap Malaysia.
Perdana menteri dalam ucapannya menyebut, walaupun terdapat banyak desakan dari masyarakat antarabangsa, rejim Israel terus mengabaikan dan menjarah wilayah yang diduduki secara haram.
Malaysia mendesak rejim Israel untuk menarik balik tenteranya dari wilayah Palestin yang diduduki secara tidak sah dan kembali ke meja rundingan.
Kedudukan Malaysia dalam hal ini tetap konsisten, konsep penyelesaian ‘two-states solution’ (penyelesaian dua negara) adalah satu-satunya cara yang boleh dilakukan untuk menghentikan pertelingkahan antara Palestin dan rejim Israel.
Bagaimanapun, ini menimbulkan polemik, bagaimanakah pula pandangan Parti Islam Malaysia (PAS) dalam isu ini?
Gambar hiasan, demonstrasi PAS pro-Palestin.
Walaupun menjadi sebahagian daripada kerajaan, PAS sangat menentang konsep ‘two-states solution’.
Disamping mengekalkan pendirian Malaysia mengenai isu Palestin, perdana menteri turut memastikan bahawa, Malaysia akan memberi bantuan kewangan dan sosial kepada para pelarian dari Myanmar (Rohingya).
Pada saat ini, Malaysia membuka pintunya kepada pelarian Rohingya dalam jumlah yang terbesar di Asia Tenggara.
Malaysia berpeluang mengangkat imejnya di persada global dengan memainkan peranan sebagai perantara dalam dua konflik kemanusiaan ini.
Malaysia perlu mengambil peranan aktif dalam meyakinkan pemerintah Myanmar untuk mengakhiri kekejaman di negeri Rakhine.
Bagi isu Palestin pula, pihak kerajaan harus melantik diplomat terlatih yang mempunyai tauliah serta reputasi antarabangsa dan bukan sekadar lantikan untuk habuan demi meredakan kemelut politik dalam negeri.
Perlu diingat, diplomasi merupakan ‘a serious business’.
Laut China Selatan
Sebagai pemerhati dasar luar, saya melihat tidak ada pemimpin dari Asean yang menimbulkan persoalan Laut China Selatan dalam ucapan mereka di UNGA.
Pada 13 Julai 2020, Setiausaha Negara AS, Michael Pompeo telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai pendirian AS mengenai Laut China Selatan. Ini dapat dianggap sebagai peringatan keras kepada Beijing mengenai Laut China Selatan.
Jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian memalas kenyataan Amerika Syarikat itu, dengan menyatakan bahawa ianya hujahan yang tidak berasas dan bertujuan mewujudkan perselisihan antara Beijing dan negara-negara Asia Tenggara.
Pada pendapat saya, sekiranya Muhyiddin Yassin membangkitkan penyelesaian isu Laut China Selatan dalam ucapan beliau, kita mampu menarik perhatian masyarakat antarabangsa dan menganjurkan pendekatan baru bagi meredakan ketegangan di laluan perkapalan tersibuk di dunia tersebut.
Keamanan di rantau ini digagaskan bersandarkan Zone of Peace, Freedom and Neutrality (Zon aman, bebas dan berkecuali - Zopfan) sejak 1971.
Saya tertanya-tanya apakah kita dapat merumuskan gagasan yang serupa untuk memastikan konflik antara kuasa besar tidak akan menjejaskan landskap geopolitik di rantau ini.
PH jatuh, doktrin Dr M dilupakan
Dr Mahathir pernah mengatakan “lebih baik tiada kapal perang di perairan Malaysia dan di Laut China Selatan."
Bagaimanapun, ‘doktrin Mahathir’ ini akhirnya dilupakan seiring dengan kejatuhan pentadbiran beliau.
Malaysia di bawah kepemimpinan Muhyiddin Yassin harus merangka konsep keselamatan baru berdasarkan gagasan yang serupa.
Dengan demikian, Malaysia berpeluang mempelopori gagasan keamanan baru di Asia Tenggara, dengan kerjasama negara-negara Asean yang lain.
UNGA memulakan sesi ke-75 tanpa pesta temasya berikutan penularan pandemik. Pertama kalinya dalam sejarah diplomasi, UNGA berlangsung secara maya (virtual).
Walaupun ucapan Muhyiddin agak mengagumkan, saya berpandangan beliau tidak ‘merebut peluang’ yang terhidang bagi menampilkan dirinya sebagai pemimpin bertaraf antarabangsa sepertimana pendahulunya.
Sungguhpun begitu, sudah tiba masanya untuk Malaysia memainkan peranan lebih penting dan aktif di PBB seperti suatu ketika dahulu.
RIZAL HAMDAN ialah Pengarah Eksekutif Nadi Center, sebuah badan pemikir.
"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
Cabar mencabar dalam Umno semakin panas
FAZLI RADZI
Selepas bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Nazri Aziz meminta Tan Sri Annuar Musa masuk Bersatu, Setiausaha Akhbar Annuar pula cabar Nazri masuk Pakatan Harapan (PH).
Timbalan Ketua Umno Bahagian Putrajaya, Tun Faisal Ismail Aziz berkata, tindakan Nazri mempersoalkan kewibawaan Annuar yang merupakan Ahli Majlis Tertinggi Umno berbeza pendapat dengan Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan tidak boleh diterima.
“Kalau orang lain berkata demikian, mungkin saya boleh diterima lagi, tetapi kalau Nazri, tidak payahlah.
“Sebenarnya saya lebih suka jika presiden, timbalan presiden, naib-naib presiden, pegawai-pegawai, ketua-ketua sayap dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) menyelesaikan perbezaan pendapat mereka di dalam mesyuarat atau di dalam grup WhatsApp MKT dan bukan di media massa atau di media sosial,” katanya dalam kenyataan di laman Facebooknya hari ini.
Kelmarin, Nazri mahu hubungan antara partinya dan Bersatu diputuskan dengan mendakwa akar umbi Umno yang mahukannya seperti dilaporkan sebuah portal.
Mohamad atau Tok Mat sebelum ini meminta Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi pedoman dan hala tuju jelas dalam kerjasama dengan pesaing politiknya kerana pendekatan sedia ada didakwa mengecilkan peranan dan melemahkan parti itu sendiri.
Menurut Tun Faisal, pemimpin kanan parti patut menunjukkan contoh yang baik kepada ahli bawahan dan mereka tidak perlu bersikap hipokrit dan pilih bulu seperti yang dilakukan Nazri.
“Nazri sendiri bukan contoh yang baik dalam soal menyanggah presiden dan timbalan presiden Umno. Saya nak nyatakan, selain Nazri, saya boleh namakan sejumlah pemimpin Umno yang tidak menghormati institusi presiden Umno dan pernah mengkritik secara terbuka presiden Umno sebelum dan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
“Malah senario sejak PRU14 menunjukkan, bukan sahaja ada pemimpin yang mengkritik presiden malah ada yang mendesak presiden meletak jawatan, bercuti dan mengugut untuk melompat parti,” tegasnya.
Tun Faisal berkata, seandainya presiden parti itu tidak dihormati, bagaimana dengan nasib timbalan presiden parti.
Katanya, tindakan menyanggah presiden dan timbalan presiden Umno ini sudah berlaku sejak sekian lama dan ia dilakukan oleh ramai pemimpin Umno termasuk Ahli MKT yang dilantik (bukan dipilih) seperti Nazri.
Sehubungan itu, Tun Faisal secara tegas menasihatkan Nazri agar menyimpan hipokrasi bahkan menggelarkan Nazri sebagai liabiliti kepada Umno dan presiden Umno.
“Jika Nazri mahu sangat bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP, silalah masuk PKR, DAP atau Pakatan Harapan,” tambahnya lagi.

Mungkin jenis bodoh sombong
Naib Canselor UPSI minta Ustaz Ebit mohon maaf terbuka
FAZLI RADZI

Prof Datuk Dr Mohamad Shatar Sabran
Lantaran menyediakan bas secara percuma kepada pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) semalam untuk pulang ke Pantai Timur, Ustaz Ebit Lew dihubungi Naib Canselor, Prof Datuk Dr Mohamad Shatar Sabran.
Pihak pendakwah berkenaan dihubungi hari ini supaya membuat permohonan maaf secara terbuka susulan inisiatifnya membantu mahasiswa yang terkandas.
Sehubungan itu, Ustaz Ebit tampil meminta maaf dan memaklumkan pihaknya terpaksa menangguhkan 20 bas untuk membantu mahasiswa pulang susulan keputusan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad.
“Saya mohon maaf pada pihak pentadbiran UPSI terutama yang dihormati Naib Cancelor Prof Datuk UPSI sendiri yang menghubungi pihak saya tadi supaya saya membuat permohonan maaf terbuka.
“Saya minta maaf pada semua adik pelajar universiti lain juga. Saya tengok pelajar macam anak-anak saya sendiri. Saya terpaksa tangguhkan 20 bas,” katanya.
Sebelum ini, Noraini yang juga Ahli Parlimen Parit Sulong mencadangkan semua institusi pendidikan tinggi (IPT) menangguhkan terlebih dahulu pendaftaran secara fizikal atau bersemuka bagi pelajar baharu dan lama untuk kemasukan ke kampus bulan ini.
Ekoran keputusan tergesa-gesa itu, ramai pelajar tidak puas hati dan terkandas dalam perjalanan selain berdepan masalah kewangan selepas banyak mengeluarkan perbelanjaan untuk tujuan pendaftaran di universiti masing-masing.
Ustaz Ebit memberitahu niat asalnya menyediakan perkhidmatan bas percuma itu hanya untuk membantu selepas menerima banyak keluhan pelajar.
“Sebab dulu saya berhari-hari lapar itu biasa. Saya memang jarang balik kampung sebab tiada duit. Selalu tidur masjid saja dulu. Makan pun tumpang dekat masjid.
“Saya minta maaf saya salah. Saya cuma membantu. Ramai pelajar dah balik dan ada yang keluarga ambil. Saya cuma siapkan macam bas awam. Syukur bas yang bergerak pun dah sampai selamat,” katanya.
Berkongsikan ciri bas yang disediakannya, Ustaz Ebit berkata, bas-bas tersebut adalah bersaiz besar dengan kerusi dan penjarakan ruang yang selesa.
“Biasa naik bas bayar tapi kali ini percuma dan lebih tersusun dan tak perlu nak ke hentian bas dan naik kereta api. Saya tangguhkan 20 bas sehingga diberi kelulusan,” ujarnya lagi.

Langgan:
Catatan (Atom)