"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Muhyiddin mungkiri janji, Sabah paling terjejas dibadai Covid-19

SITI NUR ZAWANI MISCON

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu bertindak segera dan tidak boleh lagi menyorok di belakang Ketua Pengarah Kesihatan, tegas Ahli Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang.

Pemimpin veteran DAP itu berkata, Muhyiddin sehingga kini masih belum mengadakan apa-apa sidang tergempar bersama Kabinetnya untuk membincangkan gelombang ketiga Covid-19 yang sedang melanda negara.

Walhal katanya, ini adalah masa untuk Muhyiddin membantu Sabah seperti yang dijanjikannya sekiranya negeri itu memilih untuk berada sejajar dengan kerajaan Persekutuan.

“Muhyiddin telah memungkiri janji ini apabila beliau membiarkan Sabah berada dalam gelombang ketiga wabak Covid-19 ini.

“Daripada negeri termiskin di Malaysia, Sabah kini menjadi negeri yang paling terjejas dengan Covid-19.

“Adakah ini yang dijanjikan oleh Muhyiddin kepada rakyat Sabah?,” soalnya dalam satu kenyataannya hari ini.

Untuk rekod, bermula 1 September sehingga 11 Oktober sahaja, Sabah telah mencatatkan 3,921 kes Covid-19 yang merupakan 25 peratus daripada keseluruhan 15,657 kes.

Sabah juga merekodkan 33 kematian iaitu 21 peratus daripada keseluruhan 157 kematian di seluruh negara.

Sebanyak 788 kes Covid-19 telah dicatatkan di Sabah dalam tempoh 12 hari berkempen dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang berlangsung antara 12 sehingga 26 September.

Justeru itu, Kit Siang menyeru agar Presiden Bersatu itu segera mengadakan satu mesyuarat khas Kabinet beliau melalui Zoom untuk menggerakkan semua sumber bagi membantu Sabah memerangi wabak Covid-19.

Beliau juga senada dengan seruan doktor pakar Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang menyeru Muhyiddin untuk ‘bangun’ dan berhenti mengabaikan nasihat daripada kementerian itu serta memastikan mana-mana orang kenamaan yang mengingkari prosedur operasi standard (SOP) ini dibuang daripada jawatan mereka.

“Adakah Muhyiddin akan mula dengan membuang Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Khairudin Aman Razali?,” sindir Kit Siang lagi.

SD sokongan:

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim telah diminta untuk hadir memberi keterangan berhubung dakwaan bahawa dia mempunyai majoriti untuk menubuhkan kerajaan baru.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Huzir Mohamed dalam satu kenyataan berkata, siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 505(b) kanun keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Sehingga kini, sebanyak enam laporan polis telah diterima dan PDRM masih lagi menjalankan siasatan lanjut berkenaan dakwaan yang tersebar luas di media massa sejak kebelakangan ini. 

“Sehubungan itu, Anwar telah diminta untuk memberi keterangan pada 12 Oktober, jam 11 pagi. Namun begitu, setiausaha sulit beliau memaklumkan bahawa Anwar hanya dapat hadir pada 13 Oktober, jam 9 pagi. 

“Justeru, PDRM telah menangguhkan janji temu tersebut sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak,” kata Huzir.

Dia juga menegaskan kepada orang ramai agar tidak gusar dengan penyebaran berita tersebut.

“PDRM menasihatkan semua pihak yang berkepentingan supaya tidak menyebarkan berita yang belum pasti kesahihannya.

“PDRM tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan ke atas pihak yang menyebarkan berita palsu, tidak sahih dan mengelirukan orang ramai,” kata Huzir.

Beberapa anggota parlimen Umno, termasuk ahli parlimen Arau, Shahidan Kassim dan ahli parlimen Besut, Idris Jusoh, sebelum ini membuat laporan polis untuk menafikan pembabitan mereka setelah nama masing-masing muncul dalam senarai yang dinyatakan.

Presiden PKR itu pada akhir bulan lalu mendakwa bahawa dia telah memperoleh jumlah sokongan yang mencukupi untuk membentuk kerajaan baru. Anwar juga dijadualkan menghadap dengan Yang di-Pertuan Agong untuk mempersembahkan sokongannya kepada Seri Paduka esok.

Mengulas lanjut, pengarah jabatan siasatan jenayah itu berkata satu siasatan telah dijalankan ke atas kes penyebaran senarai 112 anggota Parlimen yang didakwa menyokong Anwar.

"Siasatan dimulakan setelah menerima laporan polis daripada anggota Parlimen Jerantut, Pahang pada 8 Oktober yang lalu," katanya.

Sebelum ini, media melaporkan Anwar yakin dia mempunyai jumlah kerusi yang mencukupi untuk membentuk kerajaan seterusnya dan melayakkannya dilantik  sebagai perdana menteri.

Namun, beberapa anggota Parlimen membuat laporan polis dan mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak menyokong Anwar seperti yang didakwa.

Peguam muda Bersatu umum sertai AMANAH

Pasca kemelut yang tidak sudah sudah dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia, PPBM pimpinan Muhyiddin Yassin, ramai anak muda mula tidak endah dan kurang berminat dengan suasana dalaman PPBM.

Melihat kepada keadaan ini, ramai anak muda telah meminggir diri dan mula mencari wadah baru.

Terbaharu, Penggubal pelembagaan PPBM yang juga peguam muda PPBM Sdr Saiful Ambar Abdullah telah menyerahkan borang permohonan menjadi ahli AMANAH. Borang permohonan ini telah diterima oleh YB Dato Phahrolrazi Zawawi. Pengerusi Amanah Negeri Kedah hari ini di Padang Serai.

Sumber : https://negarakini.com/peguam-muda-ppbm-isytihar-masuk-amanah/