"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lelaki ini ditahan ketika tunai umrah bagi pihak mendiang Ratu Elizabeth II

AFP

Lelaki yang ditahan kerana mengerjakan umrah bagi pihak mendiang Ratu Elizabeth II. - FOTO Agensi

Lelaki yang ditahan kerana mengerjakan umrah bagi pihak mendiang Ratu Elizabeth II. - FOTO Agensi

Riyadh: Pihak berkuasa Arab Saudi menahan seorang lelaki yang mendakwa dirinya datang ke Makkah untuk menunaikan umrah bagi pihak mendiang Ratu Elizabeth II.

Media tempatan, yang memetik satu kenyataan, melaporkan pihak berkuasa Masjidil Haram menahan seorang penduduk warga Yaman yang dilihat dalam video membawa satu kain rentang dalam Masjidil Haram, yang melanggar peraturan umrah.

"Lelaki itu ditahan, langkah perundangan akan dilaksanakan terhadapnya dan dia diserahkan kepada pihak pendakwa raya," kata kenyataan itu.

Semalam, lelaki warga Yaman itu memuat naik satu video di media sosial memaparkan dirinya di dalam Masjidil Haram di Makkah, lokasi paling suci bagi umat Islam, yang menjadi kawasan larangan bagi individu bukan Islam.

Dalam video berkenaan, lelaki itu memegang kain rentang tertulis 'Umrah untuk roh Ratu Elizabeth II, kami memohon Tuhan menerimanya ke dalam syurga dan dalam kalangan orang beriman'.

Video itu tersebar luas di media sosial Arab Saudi, dengan pengguna Twitter menggesa lelaki itu ditahan.

Arab Saudi melarang jemaah yang tiba ke Makkah membawa kain rentang atau melaungkan slogan.

Meskipun amalan menunaikan umrah bagi pihak individu yang meninggal dunia ada dalam Islam, ia tidak merangkumi individu bukan Islam seperti mendiang Ratu, yang juga gabenor tertinggi Gereja England, gereja tertinggi bagi penganut Anglican seluruh dunia.

Umrah adalah ibadah yang boleh dilaksanakan pada bila-bila masa, berbeza berbanding haji yang hanya dilaksanakan sekali setiap tahun dan membabitkan jutaan umat Islam dari seluruh dunia.

Ratu Elizabeth II mangkat pada usia 96 tahun Khamis lalu, dan majlis pemakaman dijadualkan pada Isnin depan.

Saksi mengaku buat dakwaan palsu ADUN Gombak Setia ‘rancang’ kejadian rogol

FMT Reporters

Saksi memberitahu mahkamah dia membuat dakwaan palsu terhadap ADUN Gombak Setia Mohd Hilman Idham. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Seorang saksi dalam perbicaraan kes rogol membabitkan Zulfahimin Mahdzir iaitu pembantu ADUN Gombak Setia, Mohd Hilman Idham, hari ini menarik balik dakwaannya yang mengaitkan ahli politik terbabit berperanan “merancang” kejadian rogol selepas majlis hari jadi dianjurkannya untuk pengadu.

Malaysiakini melaporkan, semasa pemeriksaan balas oleh peguam bela tertuduh, Chris Kooi, saksi kesembilan pendakwaan, Nur Farihatul Mardziah Mohd Fisol memberitahu mahkamah dia membuat dakwaan palsu ke atas Hilman dalam siri mesej teks kepada pengadu pada 6 Jan 2021 iaitu kira-kira sebulan selepas kejadian didakwa rogol itu berlaku di sebuah bilik hotel di Kuala Lumpur.

Nur Farihatul, yang disebut sebagai Mai dalam keterangan sebelum ini, juga mendakwa dia “diprovokasi” sehingga marah oleh pengadu yang menyebabkan dia membuat dakwaan palsu tersebut.

Portal berita itu bagaimanapun tidak mendedahkan nama pengadu untuk melindungi identitinya.

Kooi: Mesej you kata Hilman setting-up…ada bukti?

Nur Farihatul: Tidak.

Kooi: (Jadi) kenapa hantar mesej?

Nur Farihatul: Sebab (pengadu) provoke saya, saya marah…ketika itu saya sedang mabuk.

Apabila peguam terbabit mencadangkan bahawa dakwaan Hilman mempersiapkan kejadian rogol itu sebagai kenyataan palsu daripada Nur Farihatul, saksi terbabit berkata: “Ya, palsu.”

Wanita berusia 31 tahun itu juga berkata, dia pada mulanya menghantar mesej teks kepada pengadu hanya untuk bertanya mengapa dia mengikuti teman lelakinya di Instagram dan begitu juga sebaliknya.

Pertuduhan terhadap Zulfahimin dibuat susulan keputusan pengadu pada Januari tahun lepas untuk mengemukakan semula laporan polis terdahulu yang dibuatnya pada 5 Dis 2020 namun ditarik balik tiga hari kemudian.

Laporan tersebut dibuat empat jam selepas insiden rogol berkenaan didakwa berlaku.

Pengadu tidur dalam keadaan baik

Pengadu pada masa itu berkata, dia mengemukakan semula laporan polis untuk turut mengaitkan Hilman antara lain kerana dia dimaklumkan oleh rakan-rakan yang hadir di parti tersebut tentang peranan ahli politik terbabit untuk “merancang” kejadian bilik tidur itu.

Pengadu, dalam keterangannya sendiri sebagai saksi keempat, menuduh Nur Farihatul bersubahat dengan Hilman apabila mereka keluar dari hotel bersama dan meninggalkan dia di atas katil dalam keadaan mabuk di tempat kejadian yang didakwa kejadian rogol berlaku.

Dalam keterangannya hari ini, Nur Farihatul menafikan dakwaan konspirasi itu, sebaliknya berkata seorang lagi rakannya bernama “Rina” mencadangkan mereka menempah bilik hotel untuk pengadu yang mabuk dan muntah dan terkena tertuduh di ruang karaoke.

Menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Zilfinaz Abbas, Nur Farihatul mengesahkan siri lapan imej daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) hotel itu menunjukkan keenam-enam mereka berjalan menuju ke bilik tidur di Dorsett Hartamas Kuala Lumpur.

Menurut Nur Farihatul, Hilman membantu pengadu manakala dia dan Rina berjalan di belakang mereka, manakala Zulfahimin berada di depan untuk membuka pintu bilik.

Saksi terbabit juga mengenal pasti orang keenam sebagai lelaki bernama “Adi” yang dikatakan seorang lagi rakan Hilman.

Nur Farihatul dalam keterangan saksinya berkata dia keluar dari bilik hotel itu selepas Rina, Hilman dan Zulfahimin, manakala Adi merupakan individu terakhir meninggalkan ruang berkenaan.

“Saya melihat pengadu tidur di atas katil dalam keadaan baik, berpakaian lengkap. Saya tidak nampak sesiapa pun di atas katil bersamanya,” katanya.

Semasa pemeriksaan balas, bekas kakitangan syarikat penerbangan itu bagaimanapun bersetuju dengan cadangan bahawa dia boleh tersilap tentang siapa lagi yang ditinggalkan di bilik hotel kerana dia juga mabuk.

Pada 7 Sept lepas, Zulfahimin dilaporkan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan.

Prosiding di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Norhasniah Abdul Razak, bersambung pada 20 Okt ini.

Najib tidak akan dihantar ke IJN kerana banduan hanya akan dirawat di hospital kerajaan

SITI NUR ZAWANI MISCON

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan Datuk Seri Najib Razak tidak akan dihantar ke Institut Jantung Negara (IJN), sebaliknya beliau akan kekal menerima rawatan di hospital kerajaan iaitu Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Menurutnya, semua banduan termasuk Najib harus menerima rawatan dari hospital kerajaan di mana ia termaktub dalam prosedur yang telah ditetapkan selama ini.

IJN merupakan sebuah entiti swasta atau badan dikorporatkan di bawah Kementerian Kewangan Malaysia.

Berikutan itu, beliau menafikan laporan kemungkinan Najib akan dirujuk ke IJN disebabkan tekanan darah tidak menentu.

“Saya sudah menghubungi Pengarah HKL, Datin Paduka Dr Rohana Johan yang memaklumkan Najib kini dalam keadaan stabil. Najib tidak akan dihantar ke IJN kerana prosedur banduan adalah mereka perlu dirujuk ke hospital kerajaan.

“dan bagi kes Najib, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memutuskan beliau dihantar ke HKL,” katanya.

Bagaimanapun untuk mengelakkan lebih banyak pertikaian, Khairy telah memberi arahan agar HKL memberi rawatan yang diperlukan Najib.

“Disebabkan tidak mahu ada pertikaian selepas ini, jadi saya minta kepada HKL dan Timbalan Ketua Pengarah Perubatan, Datuk Dr Asmayani Khalib, untuk memberikan rawatan susulan yang diperlukan oleh Najib.

“Jika sudah lengkap, laporan akan diserahkan kepada Najib dan mahkamah sekiranya perlu,” katanya menerusi sidang media di kementeriannya hari ini.

Khairy berkata demikian mengulas laporan ahli keluarga yang mempersoalkan Najib tidak dimasukkan ke HKL dan dibenar pulang selepas menerima rawatan.

Pada masa sama Khairy berkata, pihaknya akan memberi rawatan dan perkhidmatan terbaik kepada semua banduan.

“Kami akan beri rawatan yang terbaik kepada banduan, kerana ia adalah tanggungjawab dan tugas KKM,” katanya.