"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pencalonan Asyraf Wajdi ditentang habis habisan akar umbi Umno Gerik- “Mengapa tidak pilih kita, apa kurangnya?”

NASUHA RAHMAN

Nampaknya pencalonan Ketua Pemuda Umno Malaysia Dr Asyraf Wajdi Dusuki untuk Parlimen Gerik sebagaimana diumumkan semalam ditentang habis-habisan akar umbi Umno Gerik.

Ini kerana, pimpinan Umno BN negeri serta komponen-komponen parti menolak calon daripada luar.

Asyraf Wajdi Dusuki pernah bertanding di kerusi Parlimen di Kelantan antaranya Tumpat dan Pasir Puteh.

Di dalam pengumuman calon BN malam tadi Asyraf dicalonkan bagi kerusi Parlimen Gerik, namun akar umbi Umno Gerik menentang pencalonan itu.

Pencalonan Asyraf Wajdi ditentang habis habisan akar umbi Umno Gerik- "Mengapa tidak pilih kita, apa kurangnya?"

Dalam satu video yang sedang tular kelihatan akar umbi Umno bersama kain rentang yang tertulis ‘menolak calon luar’ menzahirkan rasa tidak puas hati dengan keputusan pucuk pimpinan tertinggi Umno.

“Saya bukan hendak menghasut tetapi ini adalah ketetapan kita nak ingatkan tolak calon luar…itu yang kita tetapkan dan kita telah menamakan 13 calon-calon daripada Umno Bahagian Gerik untuk dipilih pucuk pimpinan.

“Mengapa tidak pilih kita, apa kurangnya kita (calon tempatan).

“Ini tempat kita ini budaya kita ini calon kita, betul?

“Bukan nak menghasut tetapi penat dengan permainan ini, ” kata Naib Ketua Umno Bahagian Gerik.

Menurut Naib Ketua Bahagian itu beliau langsung tidak dihubungi oleh mana-mana pimpinan tentang calon yang dipilih.

“Saya Naib Ketua Umno Bahagian langsung tidak dihubungi macam mana saya hendak menjawab dengan ahli ahli Umno,” kata beliau dalam video itu.

Terdahulu, Menurut Ketua Wanita Umno Bahagian Gerik Salbiah Mohamed, Umno bahagian sebulat suara memutuskan tidak menerima calon luar daripada bertanding di Parlimen Gerik.

Mesyuarat perwakilan Umno bahagian baru-baru ini telah memutuskan tiada calon bidan terjun dari luar.

Umno Gerik telah mencalonkan 13 orang peneraju parti dan pemimpin tempatan yang dikenali untuk bertanding pada PRU15.

Antara calon tersebut ialah Pemangku Ketua Umno bahagian Gerik Datuk Aznel Ibrahim yang juga penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Hulu; Salbiah yang juga penyandang kerusi DUN Temenggor; Naib Ketua bahagian Mazli Mohamad; Ketua Pemuda bahagian Salahudin Isa; Ketua Puteri bahagian Siti Fairus Osman serta bekas ketua pemuda dan ketua wanita bahagian.

Keputusan mengenai calon yang akan bertanding akan diumumkan oleh Pengerusi Perhubungan Umno negeri Datuk Seri Saarani Mohamad pada 2 November tetapi Presiden Umno Datuk Zahid Hamidi telah mengumumkan malam tadi.

Syed Saddiq pertahan Muar

FMT Reporters

PETALING JAYA: Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan mempertahankan kerusi Parlimen Muar pada pilihan raya umum ke-15.

Pencalonannya diumumkan Timbalan Presiden Muda yang juga Pengarah Pilihan Rayanya, Amira Aisya di Johor malam ini.

Presiden Muda itu akan berdepan calon Barisan Nasional (BN), Helmy Abd Latif dan Perikatan Nasional, Abdullah Husin pada 19 Nov ini.

Syed Saddiq memenangi kerusi itu pada PRU14 dengan majoriti 6,953 undi.

Minggu lalu, parti itu mengumumkan tiga calon yang akan bertanding di kubu kuat BN, iaitu Danial Abd Majeed (Kepala Batas, Pulau Pinang), Siti Rahayu Baharin (Tanjong Karang, Selangor) dan Lim Wei Jiet (Tanjung Piai, Johor).

Jika GTA menang Ibrahim Ali jadi PM?

Faisal Asyraf

Ibrahim Ali ialah presiden Putra yang juga sebahagian daripada Gerakan Tanah Air, iaitu gabungan tidak rasmi NGO, parti berasaskan Melayu dan individu.

BANGI: Ibrahim Ali, presiden parti Putra, menamakan dirinya sebagai calon perdana menteri ketiga Gerakan Tanah Air.

Ibrahim yang juga dikenali sebagai Tok Him berkata, beliaulah pilihan terbaik selepas Pengerusi GTA Dr Mahathir Mohamad dan timbalannya Mukhriz Mahathir.

Bekas Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, Mahathir yang paling berkemampuan membaiki keadaan negara.

“Jika tidak Tun (Mahathir), ada Mukhriz. Selepas Mukhriz ada Ibrahim Ali.

“Tun pernah berkata, jika ada 10 Ibrahim Ali, Malaysia akan selamat,” katanya dalam ucapan ketika pengumuman calon pilihan raya GTA di sini.

Ibrahim turut menggambarkan dirinya memiliki personaliti baik selain rekod yang bersih.

Terdahulu hari ini, GTA mengumumkan meletakkan 121 calon untuk merebut kerusi Parlimen.

Ibrahim bakal bertanding di Rantau Panjang, manakala Mahathir dan Mukhriz masing-masing di Langkawi serta Jerlun.

GTA merangkumi Pejuang, Parti Perikatan India Muslim Nasional (Iman), Putra, dan Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa