"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Rakyat dah bising, baru nak buat kerja ke?

Warga asing guna lesen isteri tempatan monopoli perniagaan, kata exco N Sembilan
J Arul Kumar berkata, ada juga peniaga tempatan dikesan menyewa lesen perniagaan kepada warga asing.

Bernama
Pihak berkuasa tempatan tidak membenarkan atau memberikan lesen atas nama warga asing untuk berniaga di mana-mana tempat, kata Exco Negeri Sembilan J Arul Kumar. (Gambar Facebook)
SEREMBAN: Majlis Bandaraya Seremban akan memperketat penguatkuasaan ke atas premis perniagaan bagi menangani isu warga asing berniaga menggunakan lesen atas nama isteri warga tempatan, DUN Negeri Sembilan diberitahu.

Exco Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan negeri J Arul Kumar berkata, masalah warga asing menguasai perniagaan juga berpunca daripada tindakan sesetengah warga tempatan menyewakan lesen perniagaan kepada golongan tersebut.

“PBT (pihak berkuasa tempatan) tidak membenarkan atau memberikan lesen atas nama mereka (warga asing) untuk berniaga di mana-mana tempat, sama ada di kaki lima, pasar malam atau premis perniagaan,” katanya.

Arul Kumar berkata, dalam operasi berkala yang dijalankan pada Ogos dan September lepas, sitaan dan dua kompaun dikenakan ke atas dua pemilik perniagaan selepas didapati premis dilesenkan atas nama isteri berstatus warganegara.

Selain itu, dalam tempoh berkenaan juga sebanyak 22 kompaun atas kesalahan sama dikenakan ke atas premis perniagaan di Nilai, katanya.

Arul Kumar berkata, dalam menangani isu itu, sebuah jawatankuasa khas diwujudkan bagi memperketat syarat lesen premis.

Pembanterasan masalah ini juga memerlukan kerjasama pihak imigresen, kata Arul menjawab gesaan Mohamad Hanifah Abu Baker (PN-Labu) agar tindakan segera diambil terhadap peniaga warga asing yang kini memonopoli perniagaan pasar pagi dan pasar malam di negeri itu.

Pecat saya jika tak suka - Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul

Geraldine Tong, Raveena Nagotra & Shakira Buang

Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul berkata ahli parlimen perlu memecatnya melalui usul jika mereka tidak menyukai caranya mengendalikan persidangan.

Ini berlaku selepas pertikaian tercetus di Dewan sebelum ini berhubung dakwaan "konflik kepentingan" dalam kelulusan usul yang dikemukakan oleh Taufiq Johari (Pakatan Harapan-Sungai Petani). Taufiq ialah anak Johari.

Johari menegaskan sebagai speaker, dia tidak dilantik oleh mana-mana parti tetapi dipilih oleh ahli parlimen sendiri.

"Jika anda tidak suka saya maka buat usul, pecat saya," katanya ketika mempengerusikan sesi petang Parlimen hari ini.

Terdahulu, Awang Solahuddin Hashim (Perikatan Nasional-Pendang) menggunakan istilah “anak bapa” apabila Shahidan Kassim (PN-Arau) mempersoalkan alasan usul Taufiq diluluskan sebelum usulnya.

Shahidan berkata dia mengemukakan usulnya pada Selasa manakala Taufiq menghantarnya pada Rabu.

Kenyataan Awang mendorong Taufiq dan RSN Rayer (PH-Jelutong) mendesak mereka menjelaskan istilah itu dan menarik balik kenyataan masing-masing.

Ahli parlimen Pendang menjawab ringkas dengan mengatakan "konflik kepentingan" tetapi tidak menjelaskan secara terperinci.

Timbalan speaker Alice Lau, yang mempengerusikan sesi itu pada masa itu, menjelaskan bahawa tidak ada konflik kepentingan kerana usul Taufiq telah diberikan kepada Timbalan Speaker Ramli Mohd Nor untuk dipertimbangkan.

Dia kemudian memutuskan untuk mengarahkan Awang keluar Dewan apabila dia tidak menarik balik kenyataannya.

Johari menjelaskan bahawa tidak ada pilih kasih seperti yang digambarkan oleh Shahidan, kerana usul ahli parlimen Arau itu langsung tidak berkaitan dengan isu yang dibawa oleh usul Taufiq.

Dia juga menggesa ahli parlimen supaya tidak melibatkannya dalam hujah mereka di Dewan Rakyat.

Tiga kilang beras di Kedah diserbu SPRM

HarapanDaily.com

Ketirisan pengedaran beras terus dibongkar apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu tiga lagi kilang di Kedah, semalam.

Siasatan SPRM kali ini menjurus kepada penyelewengan pemberian subsidi kepada petani-petani yang menjual beras tempatan ke kilang-kilang berlesen.

Penyelewengan itu membabitkan penipuan resit pembelian padi di kilang tersebut serta jumlah berat padi yang dijual di kilang tidak sama dengan nilai subsidi yang dibayar kepada petani.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.