"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Disangka bau bangkai tikus, rupanya mayat

NURFARDLINA IZZATI MOKTAR
Pasukan forensik tiba di lokasi kejadian sebaik menerima laporan berhubung penemuan mayat di sebuah rumah di Taman Permint Perdana, Seberang Takir di Kuala Nerus pada Selasa.
Pasukan forensik tiba di lokasi kejadian sebaik menerima laporan berhubung penemuan mayat di sebuah rumah di Taman Permint Perdana, Seberang Takir di Kuala Nerus pada Selasa.
KUALA NERUS - Misteri bau busuk yang menyelubungi penduduk di Taman Permint Perdana, Seberang Takir dekat sini akhirnya terjawab selepas penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan terbaring di sebuah rumah di kawasan tersebut pada Selasa.

Jiran mangsa, Nursyuhada Hasyim, 40, memaklumkan, dia terkejut apabila mengetahui bau busuk yang disangkakan bau bangkai tikus sejak beberapa hari lalu itu ternyata merupakan bau mayat seorang lelaki sudah meninggal dunia.

"Saya syak dalam rumah ada bangkai tikus namun ketika cari bau itu, tak ada jumpa apa-apa bangkai sekali pun.

"Jadi saya ada tanya jiran-jiran sama ada terbau bangkai tersebut.

"Mereka menyatakan ada terhidu bau yang sama namun tidak menjangka bau tersebut datang dari rumah mangsa yang berada di belakang rumah," katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Mengulas lanjut, Nursyuhada berkata, salah seorang jiran telah membuat laporan polis berhubung penemuan mayat di dalam rumah berkenaan.

Menurutnya, mayat lelaki itu ditemukan di ruang tamu dalam keadaan terbaring di sebuah rumah pada jam 7 malam Selasa.

Dalam pada itu, Nursyuhada berkata, mangsa tinggal bersendirian di rumah tersebut sejak dua tahun lalu selain menghidap sakit gout.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintenden Wan Mohd Zaki Wan Ismail berkata, lelaki berusia 51 tahun itu dijumpai dalam keadaan terbaring di kediamannya pada jam 7.10 malam.

Wan Mohd Zaki juga mengesahkan penemuan mayat lelaki itu tidak mempunyai sebarang unsur jenayah.

Beliau berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Pencuri selamba kebas tiang lampu

KOSMO!
Tangkap layar video menunjukkan salah seorang pencuri memikul tiang lampu di taman awam dengan tenang. – Kompas
JAKARTA –  Dua pencuri nekad menggergaji dan mencuri  tiang lampu di sebuah taman awam di Jakarta Utara meskipun mereka cuba ditegah oleh beberapa pengunjung, lapor laman berita Kompas hari ini.

Menurut saksi dikenali sebagai Nilam, kejadian  itu berlaku sekitar pukul 1 tengah hari (waktu tempatan), Sabtu lepas.

Dia melihat seorang lelaki duduk berhampiran sebatang tiang lampu di taman tersebut. Suspek  mengeluarkan sebilah gergaji dan memotong bahagian bawah tiang.

Suspek kemudian memanggil  rakan subahatnya sebelum kedua-dua mereka memikul tiang lampu tersebut sambil berjalan dengan tenang.

“Masalahnya kecurian itu dilakukan pada siang hari. Bagaimana mereka sangat berani buat begitu? Kami menjerit ‘pencuri’, namun mereka tetap berjalan dengan tenang sambil memikul  tiang lampu,” kata Nilam.

Nilam sempat merakam aksi kedua-dua suspek ketika kejadian.

Berdasarkan tinjauan Kompas di lokasi kejadian, terdapat sembilan tiang lampu yang hilang di taman tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Kelapa Gading, Komisioner Polis Maulana Mukarom berkata, pihaknya sudah memeriksa lokasi kejadian semalam untuk menyiasat kes tersebut.

“Anggota kami sudah memeriksa keadaan di lokasi kejadian dan siasatan sedang dijalankan,” katanya. – AGENSI 

Pengantin terima mas kahwin rumah 1 bilion

KOSMO
Pasangan Radja dan Adinda mengadakan majlis perkahwinan pada 17 Februari lalu. – TikTok
JAKARTA –  Sebuah majlis perkahwinan di Sukabumi, wilayah Jawa Barat mendapat perhatian pengguna media sosial kerana pengantin perempuan menerima mas kahwin berupa rumah   berharga 1.5 bilion rupiah (RM459,076) dan dua buah kereta, lapor laman berita Detik.

Berdasarkan  klip video mengenainya  yang tular di platform TikTok, pengantin lelaki menyerahkan kereta jenama Honda HRV dan Toyota Camry berserta  miniatur rumah sebagai simbolik rumah sebenar selain pelbagai hantaran lain.

Rakaman video  itu dimuat naik oleh seorang lelaki bernama Agus. Katanya,   pasangan pengantin tersebut bernama Radja Panutan dan Adinda Galuh Nurutami.

Pengantin lelaki merupakan seorang  ahli perniagaan, manakala pengantin perempuan ialah bekas peserta Mojang Jajaka Kota Sukabumi  2019 (pertandingan duta pelancongan dan kebudayaan).

“Pengantin perempuan menerima mas kahwin berupa sebuah rumah berharga 1.5 bilion rupiah dan dua buah kereta,” katanya. 

Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen.

“Kedua-dua pengantin pasti daripada keluarga kaya-raya kerana jika hanya sebelah pihak sahaja (kaya), pasti akan berlakunya sinetron,” kata seorang netizen yang  bergurau. – AGENSI