"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Penerima rasuah pengkhianat negara: Satu kepala RM3.5k bantu PATI masuk di KLIA

Kenyang' dek habuan satu kepala RM3.5k
Kuala Lumpur: Terima 'habuan' RM500 hingga RM3,500 bagi setiap 'kepala' warga asing yang dibantu melepasi pemeriksaan ketat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, jumlah bayaran lumayan itu diberikan sindiket kepada segelintir anggota penguatkuasa bertugas di KLIA.

"SPRM bagaimanapun berjaya membongkar perbuatan ini hasil risikan dan penyamaran dilakukan pegawai SPRM sejak beberapa bulan lalu.

Menurutnya, tiada angka tetap berhubung jumlah habuan diberikan sindiket berikutan ia tidak membabitkan pemindahan wang ke akaun bank suspek, selain bilangan kemasukan warga asing yang berbeza setiap hari.

Dapatkan Baucar Tunai dengan menjawab 5 soalan kajian selidik

"Mungkin mereka 'belajar' dari 'kesilapan' suspek terdahulu yang pernah ditangkap SPRM dan didakwa di mahkamah. Sebelum ini ada antara pegawai JIM yang ditahan didapati menonjolkan kekayaan luar biasa dan deretan kereta mewah dimiliki.

"Ketika ini pegawai SPRM masih menjalankan siasatan di manakah wang habuan atau suapan diterima itu disembunyikan suspek," katanya semalam.

Menurutnya, sehingga kelmarin, hanya wang tunai berjumlah puluhan ribu ringgit dipercayai wang sogokan dirampas pegawai SPRM melalui operasi dilakukan.

"Ada kemungkinan suspek ditahan menggunakan proksi untuk menyimpan wang haram diterima daripada sindiket. Setakat ini SPRM masih jalankan siasatan dan yakin lebih banyak bukti dapat dibongkar," katanya.

Menurutnya, kelima-lima pegawai imigresen lelaki yang ditahan akan disoal siasat bagi mengetahui pembabitan mereka dalam jenayah berkenaan.

Bekas pegawai khas Ahli Parlimen didakwa cabul pelajar

FMT Reporters

PETALING JAYA: Seorang bekas pegawai khas kepada Ahli Parlimen di Johor didakwa di Mahkamah Sesyen Muar atas tuduhan mencabul seorang remaja perempuan 16 tahun di sebuah kolam renang pada 25 Julai lalu.

Tertuduh, Zainoor Juma’at, 45, mengaku tidak bersalah selepas tuduhan dibacakan di hadapan Hakim Bayani Mohd Nor, lapor Kosmo!.

Zainoor didakwa menyentuh anggota badan bagi maksud seksual ke atas mangsa di sebuah kolam renang di Sri Gading, Batu Pahat pada pukul 6 petang, 25 Julai lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya, Danial Munir mewakili pihak pendakwaan manakala tertuduh diwakili peguam Siti Aishah Mohd Rais.

Selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 26 September ini untuk sebutan semula kes.

Wanita bawa pistol mainan sudah samun dua kedai emas

DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
TANGKAP layar CCTV memaparkan suspek disyaki wanita sama yang melarikan gelang emas dalam dua kejadian di Pulau Sebang dan Jalan Pasar, Alor Gajah, Melaka.
ALOR GAJAH – Dua individu termasuk seorang wanita yang diburu polis selepas dipercayai melarikan gelang tangan emas dengan membawa pistol mainan di sebuah premis di Alor Gajah semalam disyaki melakukan kes sama di kedai emas lain, bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, hasil semakan, pihaknya mengesyaki ia adalah individu sama yang dilaporkan telah melarikan barang kemas bernilai RM15,000 di Pulau Sebang.

“Modus operandi digunakan juga adalah sama iaitu suspek wanita berpura-pura menjadi pelanggan dan ingin melihat barang kemas sebelum bertindak melarikan barangan berharga itu.

“Kita anggarkan umur suspek wanita adalah antara 30-an sehingga 40-an,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Terdahulu, satu rakaman pesanan suara seorang lelaki turut tular melalui aplikasi WhatsApp yang meminta orang ramai membantu mengesan kedua-dua suspek berkenaan bersama maklumat kenderaan dinaiki mereka iaitu sebuah Toyota Yaris.

Beberapa keping gambar tangkap layar suspek daripada rakaman televisyen litar tertutup juga disebarkan memaparkan wanita berkenaan berpura-pura mengambil gambar seutas gelang emas menggunakan telefon bimbitnya.

Semalam Kosmo! melaporkan polis memburu dua suspek termasuk seorang wanita yang disyaki melarikan dua utas gelang emas bernilai RM10,000 dari sebuah kedai emas di Jalan Pasar.

Ashari berkata, suspek telah masuk ke dalam kedai berkenaan dan berpura-pura ingin melihat gelang tangan emas sebelum tiba-tiba melarikan barangan perhiasan itu menaiki sebuah Toyota Yaris dipandu seorang lelaki.

Tambahnya, ketika suspek bangun dari kerusi, pengadu turut mendakwa telah terlihat sepucuk pistol disyaki pistol mainan di dalam bag tangan wanita terbabit.

Suspek melarikan gelang tangan bentuk kait satu stamping berat lebih kurang 15.83 gram dan gelang tangan bentuk dunhill vencon stamping anggaran berat 13.43g.