"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kereta mewah ‘parking’ tepi jalan disimbah cat kuning

KOSMO!
Keadaan kenderaan mewah yang disimbah cat kuning.
PETALING JAYA – Gara-gara meletakkan kenderaan di bahu jalan, sebuah kenderaan mewah menjadi mangsa vandalisme apabila disimbah cat kuning.

Menerusi satu hantaran di Facebook, kejadian itu dikatakan berlaku di sebuah kawasan perumahan di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Kereta tersebut dilihat diletakkan di bahu jalan di sebuah simpang menyebabkan gangguan kepada pengguna lain.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata netizen mempunyai pelbagai pendapat berhubung kejadian tersebut.

Seorang pengguna dikenali sebagai Abang Becha berkata, setiap pemandu yang tidak mematuhi peraturan atau menyusahkan pengguna lain mesti bersedia menerima akibat daripada perbuatan tersebut.

“Kadang-kadang tindakan begini memang perlu juga. Kalau dah rasa besar sangat sampai undang-undang pun nak dicabar, itulah ‘makannya’. Hidup ini mudah, jangan susahkan orang, itu sahaja,” katanya.

Selain itu, seorang lagi pengguna berkata, tindakan tersebut mungkin cukup memberi pengajaran kepada pemilik kenderaan berkenaan supaya tidak meletakkan kenderaan sesuka hati.

“Untuk kereta begitu, mungkin terlalu murah untuk mereka membayar denda dan boleh menyelesaikannya dengan lebih cepat. Tetapi dengan cara ini, sekurang-kurangnya dia boleh belajar sesuatu apabila perlu meluangkan sedikit masa dan lebih banyak wang di kedai cat,” kata Mohd Fahmi.

Sehingga kini, hantaran tersebut telah mendapat lebih 1,000 tanda suka dan lebih 300 komen. – KOSMO! ONLINE

Pemimpin DAP silap baca ‘hadis’: Pas patut ajar bukan halau

Harapandaily

AHMAD MURSI

YB Fadhli Syaari kritik pemimpin DAP kerana tersalah baca frasa yang disangka hadis malah diberi nasihat ‘lebih baik’ rujuk tokoh komunis.

Sepatutnya dia jelaskan dengan cara berhikmah, bukan larikan orang dari ajaran Islam dengan sarkastiknya.

Walaupun diplomanya dalam bidang dakwah, tapi bila jadi aktor politik, ilmu dakwahnya dilihat tidak lagi berguna.

Sabda Nabi:
“يَسِّرُوا وَلَا تُعَسِّرُوا، وَبَشِّرُوا وَلَا تُنَفِّرُوا”
“Permudahkanlah dan jangan menyusahkan, sampaikan berita gembira dan jangan menyebabkan orang lari.” (HR Bukhari & Muslim)

Jika DHPP atau sekutu Pas buat silap, tentulah sikap Pas berbeza.

Jika DAP berusaha tunjukkan mereka cuba fahami Islam, Pas lebih suka jika DAP tonjolkan sikap ‘anti-Islam’.

Itu lebih menguntungkan Pas dan Pas rasa rugi jika DAP semakin lunak dengan ajaran Islam.

Yang lebih saya bimbangi, persepsi masyarakat bukan muslim lain yang melihat reaksi ekstrem Pas ini.

Bagi yang baru nak kenali Islam dan fahami akhlak Rasulullah, jangan tengok akhlak pemimpin Pas.

Jangan belajar Islam melalui kaca mata Pas, bimbang tersilap faham antara pendekatan Wasatiyyah (sederhana) yang Islam anjurkan dan pendekatan Khawarij yang dilarang.

Pas jadikan agama sebagai ‘senjata’ politik melalui tafsiran yang salah. Hal seperti ini juga berlaku dalam agama lain.

Contohnya, Zi0nis menggunakan agama Yahudi untuk ideologi politik ekstrem. Ramai penganut Yahudi percaya ideologi Zi0nis bertentangan dengan ajaran agama sebenar.

Pas sepatutnya jelaskan dengan hikmah apa yang dikatakan hadis, apa yang tidak, hadis sahih bagaimana, hadis maudu’ bagaimana.

Kesilapan menukilkan hadis berlaku kepada ramai, hatta oleh ustaz-ustaz yang berceramah menukilkan hadis palsu atau kata² ulama yang disangka hadis.

Zaman ini tiada lagi alasan untuk kita tidak semak status hadis dengan banyak kemudahan dalam talian yang ada.

Masa kecil dulu, banyak frasa-frasa Arab yang kita sangkakan hadis, tapi bila dah besar, barulah kita faham itu bukanlah hadis.

Wanita ditahan cuba seludup 140kg gula pasir ke Thailand

FMT Reporters

Komander Briged Tenggara PGA, Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata suspek dipercayai menjadi penghantar untuk menyeludup gula pasir itu ke Thailand.
PETALING JAYA: Seorang wanita ditahan semalam kerana disyaki cuba menyeludup gula pasir ke Thailand melalui pengkalan haram Paija di Tumpat.

Wanita 23 tahun itu ditahan Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuala Terengganu yang melakukan rondaan rutin menerusi Op Taring Wawasan pada 6 petang.

Komander Briged Tenggara PGA, Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata hasil pemeriksaan ke atas Perodua Myvi dipandu suspek membawa kepada rampasan 140kg gula pasir.

Menurutnya, suspek dipercayai menjadi penghantar untuk menyeludup gula pasir terbabit ke negara jiran.

Anggaran nilai rampasan kenderaan RM15,000, manakala gula pasir bernilai RM410, katanya menurut Sinar Harian sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

Beliau berkata, PGA akan terus mempergiatkan usaha mengekang kegiatan penyeludupan berleluasa di sempadan negara.