"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lelaki OKU tetak bapa akhirnya ditahan setelah dua hari menghilangkan diri

Aizat Sharif
am@hmetro.com.my
PEMUDA OKU mental sudah ditahan polis (gambar fail). FOTO Ihsan Pembaca
PEMUDA OKU mental sudah ditahan polis (gambar fail). FOTO Ihsan Pembaca
Arau: Lelaki yang menetak kepala dan telinga bapanya di Kampung Padang Besar Selatan, Kuala Perlis, pada Isnin lalu ditangkap polis hari ini di Kuala Perlis.

Suspek yang berusia 45 tahun serta mempunyai kad Orang Kurang Upaya (OKU) Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana mengalami ketidakupayaan mental itu ditahan sekitar 10 pagi di kampung berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kangar Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, ketika ditahan, suspek dipercayai dalam keadaan lesu akibat tidak makan dan minum selama dua hari susulan melarikan diri selepas kejadian berkenaan.

"Setakat ini, punca kejadian masih lagi dalam siasatan. Polis akan mendapatkan maklumat lanjut daripada Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, bagi mengetahui masalah mental suspek.

"Kami juga menjalankan mencari senjata yang digunakan suspek dalam kejadian itu," katanya selepas Majlis Perasmian dan Ucaptama Seminar Memperkasakan Amalan Terbaik Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi Universiti Awam (Smart Suksis 2.0) di sini, hari ini.

Majlis itu turut dihadiri Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.

Dalam kejadian 5 petang Isnin lalu, mangsa yang juga bapa suspek berusia 73 tahun cedera di kepala serta telinga kiri akibat ditetak dengan parang.

Akhirnya Sanusi mohon maaf pada MB Selangor secara terbuka di mahkamah

Sanusi mohon maaf pada MB Selangor
Malaysiakini 

Ringkasan:

Sanusi mohon maaf secara terbuka di mahkamah.

Syarat-syarat lain penyelesaian saman tidak didedahkan.

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor memohon maaf secara terbuka di mahkamah bagi menyelesaikan saman fitnah yang difailkan oleh Menteri Besar Selangor Amirudin Shari.  

Mahkamah Tinggi Shah Alam pagi ini merakamkan permohonan maaf Sanusi, manakala syarat-syarat lain penyelesaian tersebut tidak didedahkan dalam penghakiman persetujuan itu.

Proses sivil itu disahkan oleh peguam defendan, Mohd Faizi Che Abu, ketika dihubungi.  

Pada 30 Ogos 2023, Amirudin memfailkan saman sivil berhubung dakwaan dia terlibat dengan tokoh korporat Vincent Tan dalam skandal berkaitan projek pembersihan Sungai Klang.  

Saman fitnah itu dibuat susulan ucapan Sanusi di ceramah di Jitra pada bulan yang sama tahun itu.  

Tan juga telah memfailkan saman fitnah yang serupa terhadap Sanusi.  

Amirudin diwakili oleh peguam Haijan Omar.  

Perkosa anak saudara, lelaki tempatan berusia 43 tahun ditahan

Raja Noraina Raja Rahim
rnoraina@hmetro.com.my.

Kajang: Lelaki yang dipukul sekumpulan individu di Batu Caves, Gombak, minggu lalu, selepas disyaki memperkosa anak saudaranya sudah ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa yang juga kanak-kanak perempuan, pada 4.35 pagi 20 Februari lalu.

"Mangsa mendakwa dirogol oleh bapa saudaranya dan kejadian berlaku bulan Ogos tahun lalu, serta terbaru Januari lalu di kawasan Semenyih.

"Bertindak atas maklumat itu, sepasukan polis menahan lelaki tempatan berusia 43 tahun untuk siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.

Naazron berkata, suspek ditahan reman empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan.

Beliau meminta individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian untuk membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Nursyaza Farhah Samhairi di talian 017-6919817 atau mana-mana balai polis berdekatan.

Harian Metro terdahulu melaporkan, seorang lelaki cedera dibelasah oleh sekumpulan individu selepas dipercayai memperkosa anak saudara perempuan berusia 12 tahun, minggu lalu.

Kejadian pergaduhan yang berlaku di kawasan Batu Caves, di sini, tular di media sosial hari ini.