
"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
Kedah: Isteri orang dicekup khalwat dengan rakan lelaki
Zuliaty Zulkiffli

Wanita berstatus isteri orang dicekup berkhalwat dengan rakan lelakinya di sebuah hotel bajet di Lunas, Kulim, awal pagi tadi. - Foto PADK
KULIM: Wanita berstatus isteri orang dicekup berkhalwat dengan rakan lelakinya di sebuah hotel bajet, di Lunas, dekat sini, awal pagi tadi.
Wanita berusia 33 tahun dan mempunyai tiga anak itu dipercayai sanggup datang dari Pahang untuk bertemu dengan kekasihnya yang berusia 30 tahun itu di sini.
Dia yang bekerja di sebuah kedai makan di Jengka, Pahang itu mendakwa mengenali teman lelakinya yang masih bujang itu kira-kira tujuh tahun lalu selepas diperkenalkan oleh sepupunya.
Bagaimanapun, hubungan mereka terputus, selepas wanita itu berkahwin, namun berpaut kembali baru-baru ini selepas sepupu wanita itu memberi nombor telefon lelaki berkenaan.
Lelaki itu bekerja sebagai pengawal keselamatan di Kulim Hi Tech, dekat sini.
Namun, suami wanita terbabit berusia 30-an yang datang bersama ahli keluarganya berjaya mengesan keberadaan isterinya di hotel bajet berkenaan, dan menghubungi penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK).
Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah Kulim, Anwar Sharifuddin Mat Saad berkata, tangkapan oleh pihaknya dilakukan pada 3.40 pagi hari ini.
Beliau berkata, wanita itu memberi alasan sudah lama tidak bertemu teman lelakinya itu dan mempunyai masalah dengan suaminya.
"Ketika serbuan, lelaki itu hanya memakai seluar denim tanpa baju, manakala wanita itu berpakaian lengkap tanpa tudung.
"Mereka gagal menunjukkan sebarang dokumen mempunyai hubungan suami isteri atau mahram menyebabkan mereka ditahan kerana disyaki berkhalwat," katanya.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 25 (a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah (EKJSK) 2014 kerana disyaki berkhalwat.
Respect lo: Berderet pula ulama Pas dapat PhD dari Indonesia
Berderet pula ulama Pas dapat PhD dari Indonesia, tetapi ini komen para netizen

Harapandaily
Sekumpulan ulama Pas dikhabarkan sudah memperoleh ijazah Doktor Falsafah (PhD) dari universiti di Indonesia.
Hantaran di Facebook Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Ulamak Pas Pusat, Mokhtar Senik hari ini memaklumkan beliau dan 11 lagi rakannya mendapat PhD dari Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim Riau.
Antaranya, ‘geng’ NGO Geng Ustaz (GU) iaitu Ahmad Dusuki Abdul Rani dan Nik Bakri Nik Mat.
Mokhtar turut berkongsikan poster ucapan tahniah kesemua mereka didahului dirinya sendiri yang lengkap berpakaian istiadat konvokesyen.
Bekas Ketua Dewan Ulama Pas Pahang itu memberitahu mereka mengambil tempoh hampir satu dekad untuk dianugerahkan PhD.
“Allah hadiahkan pemberian-Nya pada bulan Ramadhan 1446. Tidak sedikit kepayahan kami 12 orang lalui. Namun, semuanya sangat indah. Yang paling indah ialah ukhuwah,” katanya.
Berhubung soalan salah seorang warganet berkenaan ijazah sarjana muda dan ijazah sarjana, Mokhtar menjawab kedua-dua ijazah itu diperolehnya dari universiti sama.
Rata-rata meluahkan rasa tidak percaya selain mempersoal penarafan universiti tersebut yang berada di kedudukan ke-66 terbaik di Indonesia, tangga ke-1,318 di Asia dan tempat ke-3,880 di dunia.
“Orang lain masuk universiti yang ada penarafan tinggi, diperaku pensijilan dan MQA, ada sistem merit yang jelas, terlibat dengan kerja kajian dan kupasan, terbit jurnal sana sini, bentang keras kerja dan masuk viva sebelum diperaku kajian dan dianugerahkan dengan sekeping keras bertaraf PhD. Ini apa?” bidas warganet.
Pengkhianat negara wajar dikenakan hukuman berat
Tiga ditahan terbabit sindiket percepat permohonan warganegara
Bernama
Menurut sumber, kesemua lelaki berusia 20 hingga 30an itu ditahan antara 1 pagi hingga 1.30 tengah hari ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM pada Ahad. - Gambar SPRM
PUTRAJAYA: Dua pemilik syarikat dan seorang kerani ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terbabit sindiket yang merasuah pegawai jabatan kerajaan.
Menurut sumber, kesemua lelaki berusia 20 hingga 30an itu ditahan antara 1 pagi hingga 1.30 tengah hari ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di sini pada Ahad.
Kesemua mereka disyaki terbabit sindiket yang merasuah pegawai-pegawai jabatan kerajaan bagi mempercepat proses permohonan mendapatkan taraf warganegara Malaysia oleh pemohon warga asing.
"Tangkapan terhadap ketiga-tiga suspek menerusi Op Fastlane ini adalah susulan Op Outlander yang dijalankan pada 11 Mac lalu melibatkan sindiket yang merasuah pegawai-pegawai jabatan kerajaan bagi mempercepat proses permohonan taraf kewarganegaraan.
"Mereka dipercayai membayar rasuah antara RM5,000 hingga mencecah RM150,000 bagi satu permohonan," kata sumber itu.
Kesemua mereka kini direman hingga Khamis ini untuk siasatan lanjut.
Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Perisikan SPRM Datuk Idris Zaharuddin ketika dihubungi mengesahkan tangkapan ketiga-tiga suspek dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
Langgan:
Catatan (Atom)
