"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Cemburu dipercayai punca wanita dibunuh, suami antara dua ditahan

Ruwaida Md Zain
am@hmetro.com.my

Shah Alam: Cemburu dipercayai menjadi punca wanita mati dijerut di kawasan kebun pisang di Banting, Kuala Langat, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd Akmalrizal Radzi berkata, suami mangsa antara dua suspek yang ditahan setakat ini.

"Siasatan setakat ini mendapati motif kes pembunuhan ini adalah cemburu. Kedua-dua suspek ditahan reman selama tujuh hari," katanya di sini, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan wanita warga Indonesia ditemui mati dengan kesan jerutan di leher di kawasan kebun pisang di Banting.

Mohd Akmalrizal berkata, pihaknya menerima makluman berhubung penemuan mayat wanita berusia 30-an pada 11.07 pagi dan siasatan dijalankan membawa kepada penahanan dua lelaki warga negara sama yang bekerja sebagai tukang kebun di kawasan itu.

"Kedua-dua suspek berusia 30-an dan 50-an ditahan untuk bantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Gempar: 5 sekeluarga maut disyaki dibunuh

FMT Reporters

Kejadian berlaku di sebuah rumah di Lorong Cherating Damai, Kuantan, sekitar 7 pagi tadi.
Lima sekeluarga ditemukan maut disyaki dibunuh dengan ahli keluarga dilihat berkumpul di lokasi kejadian. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: : Lima sekeluarga ditemukan maut dipercayai dibunuh di sebuah rumah di Lorong Cherating Damai, Kuantan, pagi ini.

Ketua Polis Kuantan, Ashari Abu Samah, mengesahkan kejadian yang dipercayai berlaku pada 7 pagi tadi, lapor Bernama.

Tinjauan di lokasi kejadian mendapati pasukan forensik sedang menjalankan siasatan dan setakat 10.10 pagi, mayat semua mangsa belum dibawa keluar.

Orang ramai termasuk ahli keluarga juga dilihat berkumpul di lokasi kejadian dengan polis memasang garisan dilarang melintas kawasan berkenaan.

Ketua Polis Pahang, Yahaya Othman, yang turut berada di lokasi dijangka mengadakan sidang media untuk berkongsi maklumat lanjut.

Penuntut didakwa bogel depan suri rumah, miliki bahan lucah

Alias Abd Rani
am@hmetro.com.my
PENUNTUT didakwa melakukan perbuatan kelucahan melampau dan miliki video serta gambar lucah. FOTO Alias Abd Rani
PENUNTUT didakwa melakukan perbuatan kelucahan melampau dan miliki video serta gambar lucah. FOTO Alias Abd Rani
Batu Pahat: Penuntut dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas kesalahan melakukan perbuatan kelucahan melampau di hadapan wanita serta memiliki lebih 2,000 video dan gambar lucah.

Tertuduh, Xyful Naseem Muzzammil Rizuwan, 24, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas dua pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Arun Noval Dass.

Mengikut pertuduhan pertama, lelaki didakwa dengan sengaja melakukan kelucahan melampau terhadap suri rumah berusia 34 tahun di Jalan Parit Sempadan Laut, Parit Raja, pada 8 pagi, 26 Januari lalu.

Kesalahan dilakukan mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara sehingga dua tahun jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan, dia didakwa menyimpan bahan berupa 1,259 video dan 1,196 gambar lucah dalam telefon bimbit miliknya dengan kesalahan itu juga dilakukan pada tarikh, waktu dan lokasi sama.

Berdasarkan laporan, kejadian berlaku ketika mangsa bersama dua lagi rakannya sedang berjoging di Jalan Parit Sempadan Laut, Parit Raja dekat sini, sebelum terdengar bunyi sesuatu dari semak berhampiran.

Mangsa kemudian ternampak kelibat lelaki tidak dikenali di tepi semak dalam keadaan tidak berpakaian, malah tertuduh mengekori mangsa dan rakannya menyebabkan mereka ketakutan lalu melarikan diri.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Sharifah Natasha Syed Ahmad, manakala tertuduh diwakili peguam Suhaila Shafi'uddin.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dan kes disebut semula 20 April untuk serahan dokumen.