"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Wanita cedera parah diserang jerung di Pantai Coogee

Buletin TV3 
Papan tanda penutupan pantai diletakkan di Pantai Coogee, Sydney pada 13 Jun 2026. -Foto: AFP
SYDNEY: Seorang wanita cedera parah selepas diserang jerung ketika berenang di salah satu pantai paling popular di Australia, hari ini.

Pengunjung pantai bertindak menarik mangsa yang mengalami kecederaan serius keluar dari air selepas serangan itu berlaku.

Tahun ini, empat individu dilaporkan maut dalam siri serangan jerung yang luar biasa di Australia.

Polis berkata wanita berusia lingkungan 30-an itu berada dalam keadaan kritikal selepas diserang jerung di perairan berhampiran Coogee Beach di Sydney.

Menurut kenyataan polis, wanita itu ditarik keluar dari air oleh orang awam yang segera memberikan bantuan kecemasan sebelum pasukan penyelamat tiba.

Mangsa dilaporkan mengalami kecederaan serius pada kedua-dua lengan dan kakinya.

Sebuah helikopter dikerahkan untuk meninjau kawasan pantai selepas kejadian itu, manakala beberapa jet ski turut digunakan bagi mengesan kehadiran jerung berkenaan di laut.

Sebagai langkah berjaga-jaga, beberapa pantai di sepanjang pesisir timur Sydney ditutup kepada orang ramai.

Pantai Coogee adalah antara pantai paling terkenal di Australia dan menjadi destinasi kegemaran pelancong. -AFP

Terengganu: Remaja perempuan hilang ketika bersama keluarga di pantai

Nazdy Harun
Amiratul Husna Mohd Shany, hilang ketika keluar bersiar-siar bersama keluarganya di Pantai Teluk Ketapang. – Foto ihsan PDRM
KUALA TERENGGANU: Polis giat mengesan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang hilang ketika keluar bersama keluarganya di Pantai Teluk Ketapang, di sini pada 29 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor, berkata pihaknya menerima laporan berhubung pada petang 30 Mei lalu yang dibuat oleh bapa mangsa.

Katanya, mangsa, Amiratul Husna Mohd Shany adalah pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Sawa, Bukit Payung, Marang.

“Siasatan awal mendapati pada 29 Mei kira-kira jam 6 petang keluarga mangsa membawa mangsa keluar bersiar-siar di sekitar Pantai Teluk Ketapang, dekat sini.

“Ketika berada di sekitar tapak niaga Teluk Ketapang, mangsa didapati hilang selepas memberitahu bapanya untuk pergi ke lokasi ibunya yang berada kira-kira 10 meter dari tempat mangsa berada,” katanya.

Beliau berkata, bapa mangsa cuba menghubungi telefon bimbit mangsa dan mencarinya di kawasan sekitar namun gagal.

Katanya, mangsa mempunyai telefon bimbit namun nombor telefonnya tidak aktif sejak kehilangannya.

Menurutnya, pada hari kehilangan, mangsa memakai t-shirt lengan panjang dan seluar hitam serta tudung ungu bercorak petak manakala ciri fizikal berkulit sawo matang, ketinggian lebih kurang 152 sentimeter dengan berat badan kira-kira 50 kilogram,”

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kehilangan remaja berkenaan boleh menghubungi pegawai penyiasat Sarjan Siti Nor Izani Md Shahir di talian 016-7943735.

Muhyiddin: Bersatu akan terus kekal dalam PN

FMT Reporters

'Satu parti tidak boleh singkir Bersatu,' kata Presiden Muhyiddin Yassin.

PETALING JAYA: Bersatu menetapkan pendirian untuk kekal dalam Perikatan Nasional, di sebalik kemelutnya dengan PAS.
“PN jenama yang bagus dan kita terus kekal,” tegas Presiden Muhyiddin Yassin pada sidang media seusai mesyuarat parti, malam tadi.

“Tiada parti boleh singkir Bersatu daripada PN sebab satu parti tidak boleh singkir.”