"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Terengganu: Empat pelajar lelaki ceroboh asrama puteri ditahan polis

MOHD AZLI ADLAN

KUALA NERUS – Tindakan nakal empat pelajar lelaki menceroboh masuk asrama puteri sebuah sekolah berasrama di daerah ini membawa padah apabila mereka ditahan polis pada Sabtu lalu.

Mereka dipercayai melakukan perbuatan itu antara pukul 2 dan 3 pagi sewaktu rata-rata penghuni asrama puteri terbabit sedang tidur.

Perbuatan empat pelajar lelaki terbabit terbongkar apabila kelibat mereka dikesan pengurusan sekolah sebelum diserahkan kepada pihak polis.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor yang dihubungi mengesahkan penangkapan terbabit pada pukul 1.13 tengah hari, Sabtu lalu.

Beliau berkata, kesemua pelajar lelaki terlibat bagaimanapun telah dibebaskan dengan jaminan tidak lama kemudian.

“Keluarga mereka juga telah dipanggil dalam perjumpaan yang turut melibatkan pengetua sekolah, warden asrama dan wakil Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu.

“Tindakan lanjut terhadap kesemua pelajar terbabit akan diputuskan oleh Kementerian Pendidikan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Kematian pelajar 14 tahun: Teman lelaki ibu ditahan kes gangguan seksual kakak mangsa

FMT Reporters

PETALING JAYA: Teman lelaki kepada ibu pelajar 14 tahun yang meninggal dunia di Setapak, Kuala Lumpur ditahan kerana disyaki melakukan gangguan seksual terhadap kakak mangsa.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Fadil Marsus, berkata suspek berusia 51 tahun direman tujuh hari sehingga 31 Ogos ini hasil soal siasat polis berhubung kematian pelajar Tingkatan 2 itu.

“Mangsa berusia 15 tahun merupakan kakak kepada si mati (mangsa). Kita buka satu kertas siasatan terhadap suspek di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017,” katanya menurut Sinar Harian.

Pada 18 Ogos lalu, mangsa dilaporkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan kecemasan di Hospital Kuala Lumpur.

Keesokannya, ibu mangsa membuat laporan polis mendakwa terdapat elemen buli dalam kematian anaknya.

Sabtu lalu, Fadil dilaporkan berkata, siasatan jenayah dibuka susulan laporan ibu mangsa dan 92 keterangan saksi dirakam bagi membantu siasatan.

Pendakwah bebas, isteri bakal didakwa kes seleweng dana NGO

KOSMO!

SEREMBAN – Seorang pendakwah bebas yang juga pempengaruh agama terkenal dan isteri bakal didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, esok berhubung kes penyelewengan dana sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bernilai hampir RM13 juta.

Difahamkan pendakwah berusia 30-an itu adalah pengerusi NGO berkenaan, manakala isterinya berkhidmat sebagai setiausaha pertubuhan itu.

Sebelum ini media melaporkan pendakwah bebas yang juga dikenali sebagai pempengaruh agama di media sosial ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Negeri Sembilan kerana disyaki menyalahgunakan kuasa dan menyeleweng dana NGO terbabit.

Individu berkenaan dipercayai menyalahgunakan kedudukannya dan bersubahat dengan ahli jawatankuasa lain dengan memindahkan sejumlah wang ke akaun bank miliknya serta lapan akaun syarikat yang turut dimilikinya. – KOSMO! ONLINE