SETELAH mendapat banyak email tentang isu pergelutan kuasa politik di Perak, bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin memberi penjelasan umum berhubung perkara tersebut dan tidak bersetuju sama sekali dengan tindakan lompat parti.
"Saya pada prinsipnya tidak dapat menerima perangai "lompat parti" kerana itu adalah sikap yang tidak telus dan jujur terhadap undi rakyat.
"Sesiapa mahu tukar parti setelah dipilih, sepatutnya meletak jawatan dan bertanding semula. Serahkan semula amanah tersebut kepada rakyat. Rakyat ketika mengundi meluahkan hasrat mereka, dan itu tidak boleh diubah sewenang-wenangnya, " kata Asri yang dipetik daripada laman web peribadinya.
Dalam pada itu, beliau mahu semua pihak mengkaji secara teliti tindakan yang dilakukan oleh Sultan dan Mufti Perak berhubung kerajaan baru yang dilantik termasuk dakwaan dan tohmahan yang dilemparkan kepada Dato' Seri Nizar Jamaluddin.
"Dari segi kepentingan umat, tanpa mengira parti, kita perlu menilai; manakah kepimpinan Kerajaan Perak yang lebih bermanfaat dan kurang mudarat kepada umat dan rakyat? "Manakah pula yang akan membahayakan masa depan umat? Ini perlu dilihat dengan teliti," katanya dan menangguhkan dahulu mengulas isu pergelutan politik di Perak dengan lebih lanjut, sehingga beberapa persoalan dan maklumat jelas kepada beliau. http://sanggahtoksago.blogspot.com/

Tiada ulasan:
Catat Ulasan