Peguam Sankara Nair berkata kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM Ahmad Said Hamdan itu jelas mempunyai motif politik kerana Tan Sri Khalid adalah pemimpin Pakatan Rakyat. Ahmad Said mendakwa pihaknya mempunyai bukti kukuh kononnya Khalid menggunakan dana kerajaan negeri untuk menyelenggara kereta jenis Lexus milik peribadinya serta pembelian 46 ekor lembu korban bernilai 110,400 ringgit. Khalid telah membuat penafian terbuka terhadap dua tuduhan itu dan mengambil tindakan mahkamah terhadap bekas menteri besar selangor khir toyo yang menyebarkan fitnah itu. Beliau sebelum ini menyifatkan dakwaan itu sebagai cubaan ahli politik seperti Khir untuk meraih sokongan murahan daripada perwakilan UMNO menjelang pemilihan parti itu bulan depan. “Umumnya, SPRM tidak membuat kenyataan mengenai pertuduhan sesuatu kes dalam siasatan atau yang telah pun disiasat,” kata Sankara yang mewakili Tan Sri Khalid. “Kenapa ketua SPRM tidak mengulas hasil siasatan terhadap Musa Hassan dan Gani Patail” berhubung kecederaan yang menimpa Anwar akibat dipukul bekas Ketua Polis Negara Rahim Nor. . “Tetapi apabila siasatan membabitkan seorang ahli politik pembangkang, ketua SPRM boleh memberi komen menggambarkan beliau sudah pun disabit kesalahan, walaupun belum dituduh di mahkamah, kata Sankara. Sankara berkata SPRM jelas tidak bersikap professional dan pilih kasih dalam mengendalikan siasatan membabitkan ahli parti pembangkang. | |||
"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
Sankara: Dakwaan SPRM berbau politik
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan