Terbaru pengerusi Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) di negeri ini diminta menandatangani surat yang berupa teks ucapan mesyuarat PIBG yang disediakan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN). Mengikut sumber setiap pengerusi PIBG dipaksa menandatangani serta membaca teks ucapan yang telah siap ditulis oleh JPN ketika berucap pada majlis perasmian mesyuarat tersebut. "Antara lain kandungan teks itu iaitu bersetuju menggunakan bahasa Inggeris dalam pembelajaran mata pelajaran Matematik dan Sains. "Tindakan JPN amat tidak adil kerana tidak memberi kebebasan langsung terhadap pengerusi PIBG membuat pilihan sendiri. "Perkara seperti itu tidak pernah berlaku sebelum ini di mana setiap pengerusi PIBG bebas berucap apa sahaja asalkan ia memberi kepentingan kepada pelajar dan sekolah," katanya yang juga pengerusi PIBG sebuah sekolah ketika ditemui di sini. Menurutnya JPN cuba bermain sandiwara setelah menteri pelajaran diasak teruk di mana pelbagai pihak tampil menentang dasar PPSMI yang diperkenalkan Tun Dr Mahathir Mohamad ketika menjadi perdana menteri. Kata beliau seharusnya kerajaan mendengar keluhan rakyat dan bukannya memekat telinga meneruskan dasar PPMSI. Beliau yang enggan mendedahkan identitinya turut meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan JPN Kelantan yang cuba memperalatkan PIBG untuk tujuan politik. - |
"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JPN paksa persatuan sokong dasar PPSMI - pengerusi PIBG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan