IPOH 17 Feb. — Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir hari ini memberi keterangan kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak berhubung kenyataannya terhadap Speaker DUN V. Sivakumar.
Turut dipanggil memberi keterangan kepada jawatankuasa berkenaan adalah dua wartawan, masing-masing daripada akhbar The Star dan Sin Chew Daily.
Zambry ketika ditemui pemberita selepas memberikan keterangan itu berkata, kehadirannya adalah kerana menghormati speaker dan institusi jawatankuasa berkenaan yang memanggilnya untuk memberi keterangan.
“Saya datang kerana menghormati Speaker...kita ikut peraturan dan undang-undang,” katanya. - Bernama http://www.utaraonline.net/v2/index.php
Tiada ulasan:
Catat Ulasan