"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Rakyat anggap tarif elektrik yang baru memperbodohkan mereka

Keengganan kerajaan mengambil tindakan tegas untuk menghentikan bebanan yang mesti ditanggung oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk menyara penjana tenaga bebas (IPP) akan terus menyebabkan rakyat terbeban dengan kadar tarif elektrik yang tidak munasabah

"Penurunan kadar tarif elektrik baru-baru ini dianggap memperbodohkan mereka oleh rakyat berbanding dengan kenaikan mendadak sebanyak 26 peratus pada Julai tahun lalu.

"Ketika harga pasaran minyak dunia kini berlegar RM40 setong berbanding RM140 setong sebelum ini dan harga arang batu telah menurun sejajar kejatuhan harga minyak dunia, rakyat terus dipaksa membayar tarif elektrik yang tinggi kerana TNB terpaksa membayar sehingga RM12 bilion sebulan pada kepada IPP tidak kira sama ada tenaga yang dijanakan itu digunakan atau tidak,"

Pembayaran tersebut melibatkan hampir 70 peratus daripada jumlah pembayaran TNB dan "bukan TNB yang menanggungnya tetapi pengguna termasuk rakyat miskin yang terpaksa membayar tarif elektrik yang sengaja tidak dikurangkan pada kadar yang sewajarnya semata-mata untuk menanggung biawak hidup". 

Sepatutnya jauh lebih rendah kerana permintaan pengguna sudah berkurangan 10 peratus sejak Disember tahun lalu. "Malah, TNB sendiri pernah mengumumkan kemungkinan penutupan dua janakuasanya kerana permintaan yang berkurangan tetapi pada masa yang sama poket dan hati rakyat terus disakiti semata-mata untuk membayar kepada IPP walaupun TNB tidak perlu langsung membeli kuasa yang mereka janakan,"

"Kerajaan sepatutnya mengemukakan rang undang-undang mengenai apa yang disebut 'unfair business and trade practices' untuk membolehkan perjanjian antara TNB dan IPP malah banyak lagi perjanjian lain yang merugikan rakyat dikaji semula,"                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                
http://gemasuara.blogspot.com/

Tiada ulasan: