Dan yang paling dihambat kerisauan ini adalah anak-anak muda pendokong Keadilan di bawah sana, yang tiada kepentingan politik, yang mereka tahu perjuangan! Mereka mungkin tidak pernah pun hadir di alam siber ini berbalah hal yang bukan-bukan. Yang mereka risau adalah tindakan pimpinan atasan parti yang begitu ghairah mengangkat orang-orang yang tebal dan kuat latar belakang Umnonya untuk memimpin mereka, tentulah naiknya orang-orang ini adalah kerana rekomendasi orang-orang atasan, jalan pintas! Yang tersangat membimbangkan mereka jika orang-orang ini kelak menang dalam Pilihanraya Umum Ke-13 dan mendapat status YB. Mereka melihat wujud kemungkinan besar untuk orang-orang ini menjadi seperti YB Nasha, YB Jamaluddin dan YB Osman Jailu, kerana keteguhan perjuangan mereka tidak pernah teruji, lebih dari itu hubungan mereka dengan UMNO tidak pernah mati.
Maka wujudlah desakan untuk ada faktor pengimbang. Desakan ini kuat dan semakin kuat akhir-akhir ini, terutamanya di kawasan permainan saya, Kuantan dan Indera Mahkota. Anak-anak muda di sini mendesak supaya saya kembali ke PKR dan memimpin mereka, desakan serupa juga mula disuarakan oleh sahabat seperjuangan dari Kuala Lumpur ketika saya menjadi Exco AMK dahulu. Saya dengan ini sangat mengharapkan pandangan anda semua, yang saya anggap kawan saya, tidak kiralah dari PAS, PKR, DAP, waima Umno/BN sekalipun. Yang penting pandangan itu mestilah jujur dan ikhlas, demi memartabatkan perjuangan rakyat.
[Zukri Akhsah adalah bekas pemimpin muda KeADILan Pahang yang pernah menjadi Exco Angkatan Muda KeADILan pusat satu ketika dulu. Beli juga merupakan bekas calon PKR dalam pilihanraya umum 2004 di kawasan DUN Semambu, Parlimen Indera Mahkota. Kelibatnya mula hilang tatkala mengikut mantan ketuanya Ezam Mohd Nor menubuhkan NGO GERAK. Namun hayatnya bersama Ezam berakhir apabila petualang rakyat itu menyertai semula UMNO tahun lepas. Akhirnya Zukri mengambil keputusan menyertai PAS selepas itu. Namun setelah melihat kemelut yang melanda dalam PKR dan pengalaman yang ada padanya, apakah layak beliau untuk kembali kepada PKR semula. Harus diingat beliau tidak pernah menyertai semula UMNO seperti Ezam. Justeru itu anda boleh memberikan sokongan sama ada bersetuju atau tidak untuk beliau kembali meneruskan perjuangannya bersama Keadilan]. http://pahangdaily.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan