KOTA BHARU, 16 Feb (Hrkh) - PAS Perak diharap tidak terpengaruh dengan cadangan pemimpin Umno yang mengajak parti itu bergabung di atas nama perpaduan Melayu. "Pada tahun 1971 dan 1972 PAS bergabung dengan parti itu dan ditendang keluar selepas Umno mendapat sokongan kuat pada 1977," katanya di sini. Beliau mengulas Exco Pemuda Umno, Dato' Mukhriz Mahathir yang menyarankan PAS Perak menyertai BN bagi mengukuhkan perpaduan Melayu dan membentuk kerajaan yang lebih mantap. Ramli yang juga bekas Adun Wakaf Bharu berkata, hasil kerja jahat Umno di Kelantan, PAS hanya memenangi dua kerusi pada pilihan raya umum tahun 1978. "Kita kena ingat tentang sejarah itu, bukan sahaja PAS Kelantan atau Perak, sejarah hitam tersebut mesti dipahat dalam jiwa kita," ujarnya. Menurutnya, sekarang pemimpin Umno berjanji lagi setelah sokongan rakyat semakin berkurangan kepada Umno pada pilihan raya umum lalu. Katanya tindak tanduk pemimpin Umno tidak lebih sebagai retorik politik. Beliau juga turut mengingatkan penyokong PAS supaya mengingati pesanan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyifatkan menolong Umno seumpama melepaskan anjing tersepit. |
"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
Ajak PAS gabung hanya retorik Umno - bekas YDP MPKB
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan