SHAH ALAM - Ketua Penerangan Pas, Mahfuz Omar membidas dakwaan UMNO yang mengatakan tidak pernah menderhaka kepada Raja-Raja Melayu dan menganggap tindak-tanduk parti itu hanya berpura-pura menunjukkan sokongan kepada Sultan Azlan Shah berkenaan isu Perak ketika ini.
Beliau berkata, UMNO penderhaka pertama dalam sejarah sewaktu meminda Perlembagaan pada 1993 dan menimbulkan kemarahan kepada Sultan yang berlarutan sehingga setahun.
“Mereka (UMNO) sekarang ini hanya menunjukkan sifat kepura-puraan kononnya menghentam tindakan kami seolah-olah mereka sendiri tidak pernah melakukannya sebelum ini.
“Buka dan kaji balik peristiwa 1993, bagaimana mereka khianati Sultan waktu itu dan bagaimana mereka pernah buat baginda hanya untuk meminda Perlembagaan sampai sanggup menjatuhkan maruah raja-raja Melayu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, semalam.
“Setelah apa yang berlaku dulu, mereka mahu menafikan pula kesahihannya dan menuding jari kononnya isu Perak sekarang ini lebih teruk.
“Terlalu banyak yang mereka dah pernah buat malah lagi teruk daripada yang disangka, justeru sekarang ini siapa yang sebenarnya penderhaka kepada Sultan dan raja-raja Melayu,” katanya.
Beliau berkata, pihak yang inginkan kebenaran perlu merujuk kembali setiap ucapan pemimpin ketika itu semasa krisis 1993.
Mahfuz berkata demikian sebagai menjawab semula kenyataan Bekas Naib Presiden UMNO, Tan Sri Sanusi Junid yang menafikan dakyah pembangkang kononnya UMNO pernah menderhaka kepada raja-raja Melayu ketika meminda Perlembagaan berkaitan kekebalan. http://kedahlanie.blogspot.com/

Tiada ulasan:
Catat Ulasan