"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PEMINUM ARAK DISEBAT 6 KALI: DR. LO'LO TERKELIRU?

Oleh: mazwandi

"Dari Abi Sa'id al-Khudri katanya : Sesungguhnya Rasulullah SAW telah menghukum sebat peminum arak dengan 40 kali sebatan.

Rasulullah SAW bersabda seperti yang dinyatakan oleh Abu Hurairah (r.a) katanya : Penagih arak adalah seperti penyembah berhala. - riwayat Ibn Majah.

Mahkamah Syariah di Kuantan telah menjatuhkan hukuman denda RM5,000 dan 6 kali sebatan kepada seorang perempuan Melayu Islam berumur 32 tahun yang diberi nama Kartika kerana didapati bersalah meminum minuman arak atau beralkohol secara terbuka di khalayak ramai.


(Peminum arak = penyembah berhala. Harap bertaubatlah kamu. InsyaAllah akan hamba doakan kesejahteraan untuk Puan Kartika yang telah terlanjur melakukan dosa. Namun sesungguhnya, Allah menerima taubat hambaNya walau sebesar mana dosa yang dilakukan)

Hamba rasa, ini adalah hukuman maksima yang ada didalam enakmen undang-undang syariah negeri Pahang untuk kesalahan meminum minuman yang memabukkan, mungkin. Dan hamba juga rasa, ini adalah kes pertama dimana hukuman sebat dikenakan terhadap pesalah meminum arak di bumi Malaysia ini.

Hamba tidak tahu hendak mengucapkan syabas kepada mahkamah Syariah Kuantan atau hamba sepatutnya tidak bersetuju dengan mahkamah syariah ini? Jika diucapkan syabas, hamba rasa berpatutan juga kerana Hakim telah dengan beraninya memberi hukum hukuman yang semaksima yang mungkin kepada pesalah minum arak yang ada pada enakmen undang2 syariah di negeri Pahang. Namun, untuk tidak bersetuju pun boleh juga, kerana sepatutnya yang wajib diberi hukum adalah hukuman 40 kali sebatan.Bukan 6.

Untuk men'dera'kan peminum arak, tidak semestinya dengan menggunakan rotan dan yang seumpamanya. Malahan boleh digunakan alat-alat seperti pelepah daun kelapa (sebagai contoh), dahan-dahan kayu yang sesuai, sepatu atau kain yang dijadikan alat untuk menyebat dan sebagainya. Yang penting, peminum tersebut menerima 40 kali sebatan.

Pemerintah Malaysia sebenarnya berhutang dengan Allah SWT sebanyak 34 sebatan lagi kepada pesalah meminum arak itu. Maksudnya, pemerintahlah yang akan bertanggungjawab di depan Allah SWT nanti di padang masyar. Apa yang akan kamu jawab kepada Allah SWT nanti bila Allah bertanya, kemana hilangnya 34 sebatan lagi terhadap perempuan itu yang meminum air kencing syaitan? Apa yang akan kamu jawab?

Pelik juga manusia ini. Allah telah menjadikan manusia untuk menyembah Dia, namun suka sangat membuat perkara yang akan membahayakan diri sendiri apabila berada diakhirat nanti. Lagi pelik, jika ada pemimpin dari sebuah gerakan Islam yang seperti kasihan kepada pesalah meminum arak ini, hanya semata-mata, dianya adalah wanita dan kononnya, wanita tidak elok disebat. Pelik sungguh.

Hamba berharap, apa yang dikeluarkan oleh Malay Mail terhadap apa yang dinyatakan oleh Dr. Lo'lo adalah satu kesilapan daripada wartawan Malay Mail. Hamba yakin, mungkin apa yang dinyatakan oleh Dr. Lo'lo adalah lain dari apa yang dikeluarkan oleh wartawan surat khabar Malay Mail. Mungkin wartawan itu salah lapor atau terkeliru dengan 'statement' yang dikeluarkan oleh Dr. Lo'lo. Mana mungkin seorang pemimpin muslimat PAS sanggup berkata "suatu hukuman sepatutnya lebih ke arah pengajaran kepada pesalah berbanding dengan hanya menyakitkan mereka". Macam serupa apa yang dikatakan ustazah 'sesat' Marsyitah sahaja.


(Mungkin lain kenyataan beliau. Namun jika betul, perlu ada tindakan tatatertib dari jemaah PAS)


Rasulullah mengajar kita sebat, sebatlah jawapannya. Ini adalah arahan yang qot'i, bukan sunat, bukan harus. Hukum sebat 40 kali kepada peminum arak adalah sama wajibnya solat 5 waktu sehari semalam. Namun, ye lah, solat 5 waktu pun umat melayu amat liat untuk melakukannya, apalah lagi hukum hudud. Hamba berdoa, agar janganlah kekalkan umat melayu ini dengan kefasikan mereka,...... janganlah,....

http://ibnmustaffa.blogspot.com/

Tiada ulasan: