"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kes Teoh: 'Jangan putar belit faktor kematian Teoh'- Pengusung Tilam

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengingatkan semua pihak supaya jangan memutarbelitkan faktor berhubung kematian Teoh Beng Hock Khamis lalu.

Setiausaha politik exco kerajaan Selangor Ean Yong Hian Wah itu ditemui mati beberapa jam selepas disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan salahguna peruntukan DUN di Selangor.

"Jangan kita putarbelitkan faktor. Kita sedang jalankan siasatan, kalau nak tuduh tanpa berdasarkan siasatan, saya rasa itu tidak betul," katanya kepada pihak media pagi ini.

Musa ditemui di komplek Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ketika sedang menunggu kepulangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pagi ini.

Ditanya tindakan polis jika ada pihak memutarbelitkan faktor, beliau berkata: "Dalam memfitnah, memghasut orang, kita akan ambil tindakan."

"Kita akan siasat dulu, kita akan ambil tindakan mengikut faktor siasatan."

Ditanya sama ada kematian Teoh menimbul ketegangan dalam masyarakat, Musa berkata:

"Keadaan biasa, tidak tegang, tetapi kalau ada yang cuba buat tegang, kita akan ambil tindakan."

Ditanya mengenai komponen tingkap yang ditemui polis di tempat Teoh ditemui mati, Musa berkata: "Kita sedang siasat".

Beliau berkata, siasatan terhadap kematian Teoh masih 60 peratus.

-malaysiakini.com-

-Bila pakatan mengambil alih putrajaya nanti sipengusung tilam ini patut diambil tindakan.

Tiada ulasan: