"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

1Malaysia: 3 Bulan Bekalan Ubat Terputus

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengarahkan satu siasatan terhadap masalah bekalan ubat-ubatan terputus selama tiga bulan di sebuah klinik desa di hulu sungai Kapit, Sarawak.

Klinik desa di Nanga Merit, bahagian tengah negeri itu, dilaporkan memberikan dua pil penahan sakit kepada setiap pesakit susulan masalah serius yang dialaminya itu.

Diminta mengulas perkara tersebut, Liow berkata ia "tidak sepatutnya berlaku" dan "ubat-ubatan mesti sampai".

Akibat masalah bekalan, terdapat pesakit yang pulang dengan hampa apabila tidak diberikan sebarang ubat.

Pemimpin setempat telah membawa isu itu kepada Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Perancangan Ekonomi) Larry Sng Wei Shien minggu lalu.

Beliau kemudian dilaporkan menjelaskan bahawa Hospital Kapit turut mengalami masalah ubat-ubatan.
-malaysiakini.com-

Tiada ulasan: