"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kartika tetap tunggu hukuman sebat, tidak mahu kemuka rayuan

SUNGAI SIPUT: Kartika Sari Dewi Shukarno tetap dengan keputusannya tidak mahu mengemukakan rayuan dan nekad menunggu pelaksanaan hukuman sebat kerana meminum arak dijalankan terhadap dirinya menjelang Aidilfitri ini.

Kartika Sari Dewi, 32, berkata beliau akan menunggu keputusan secara hitam putih daripada Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) berhubung kedudukannya berikutan penangguhan hukuman itu bagi menghormati bulan Ramadan.

"Mereka (JAIP) kata selepas Ramadan, takkan saya mengatasi tindakan mereka. Biar JAIP mengeluarkan dan membuat keputusan hitam putih. Saya tetap macam ini, dengan keputusan saya dan tunggu keputusan JAIP. Ini keputusan saya. Saya beri masa kepada JAIP (untuk melaksanakan hukuman sebat), selepas Ramadan ini kita lihat macam mana," katanya ibu kepada dua anak kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.

Kartika Sari Dewi dan anggota keluarganya bertemu dengan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria di pejabat Mufti hari ini bagi mendapat nasihat dan pandangan berhubung kes dan kejadian yang berlaku.

Beliau berkata Harussani menasihatinya supaya bertenang dan bersabar menunggu penyelesaian terbaik berhubung kes berkenaan. "Mufti kemudian menelefon Ketua Hakim Syariah di Perak supaya menghubungi (Ketua Hakim Syariah) Pahang untuk berbincang bagaimana menyelesaikan masalah saya ini.

"...saya dapat luahkan kepada Mufti, dan memang saya menangis di hadapannya apabila beliau bertanya kenapa saya tidak mahu merayu (sebelum dijatuhkan hukuman)... beliau memang memahami saya...saya jelaskan semua kepada Mufti," katanya.

Mengenai nasihat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya mengemukakan rayuan, Kartika Sari Dewi berkata beliau amat menghormati pandangan itu.

"Saya menghormati pandangan Datuk Seri Najib atas keprihatinan beliau tetapi saya tetap dan nekad dengan keputusan saya (menjalani hukuman sebat)," katanya.

Kartika Sari Dewi berkata sebelum hukuman dijatuhkan oleh mahkamah, dia telah menyesal dan insaf serta berpendirian muktamad tidak mahu membuat rayuan. "Sebelum meminta nasihat daripada Mufti iaitu ketika saya buat keputusan saya rela disebat, saya jumpa ulama dan mereka kata saya telah membuat keputusan yang waras dan ada tempatnya," katanya.

Ketika ditanya mengenai beberapa pandangan badan bukan kerajaan (NGO) yang tidak bersetuju dengan hukuman sebat oleh mahkamah dan memintanya mengemukakan rayuan, wanita itu berkata keputusan untuk menjalani hukuman sebat itu tidak akan berubah.

Kartika Sari Dewi berkata beliau percaya kepada agama Islam kerana Islam itu lembut dan JAIP tahu apa yang dilakukan adalah mengikut panduan dan hukum Islam.

Semalam, penangguhan hukuman sebat terhadap Kartika Sari Dewi dikeluarkan di Kuantan, Pahang oleh Ketua Hakim Syarie negeri, Datuk Abdul Rahman Yunus bagi menghormati bulan Ramadan.

Kartika Sari Dewi dijatuhkan hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan pada 20 Julai lepas selepas mengaku salah meminum arak sebuah hotel di Cherating pada 11 Julai 2008.

Pada 18 Ogos, Hakim Syarie Datuk Abdul Rahman Yunus, memerintahkan beliau ditahan berkuat kuasa semalam bagi tempoh tujuh hari untuk melaksanakan hukuman sebatan itu. Kartika Sari Dewi adalah wanita pertama yang akan disebat akibat kesalahan meminum arak di negara ini.

-BERNAMA-

1 ulasan:

MaGiC_Boy berkata...

INI SMUA ANGKARA NAJIB.. KNP???.. KRANA KONSEP 1 MALAYSIA YG DICETUSKN OLEH BELIAU TELAH DIAMBIL KESEMPATAN OLEH ORNG BUKAN ISLAM UNTK MEMPERGUNAKN NAMA ALLAH.. MEREKA BUAT BEGITU,...TP NAJB HNYA SRUH UMAT ISLAM BERTENANG.. ISLAM AP YG DIPEGANG OLEH NAJIB??? NAJIB BOLEH JATUH AGAMA SALAH SATU SEBAB MENGHALANG HUKUM ALLAH.. CNTOH!!!.. NAJIB MENGHALANG HUKUM SEBAT YG DIKENAKN KPADA KARTIKA SARI DEWI.. HUKUMAN TELAH DITETAPKAN OLEH ALLAH .. SIAPA KITA UNTUK MENGUBAHNYA??? APA HAK NAJIB UNTUK MENGUBAH HUKUM SEBAT???SESEORANG YG MENBUAT KESALAHAN HARUS DIJATUHKAN HUKUNMAN.. KARTIKA TELAH MENGAKU BAHAWA DIA BESALAH DN INGIN MENERIMA HUKUMAN DNGAN SEGERA... TP NAJIB MENYURUH BELIAU SPAYA MENGEMUKAKAN SURAT RAYUAN.. SAYA INGIN BERTANYA KPADA UMAT ISLAM.... ADA ATAU TIDAK JIKA SESEORANG MEMBUAT SALAH DARI SISI ISLAM YG KSALAHANNYA TELAH DIAKUI DN AMAT BERAT, BOLEH MENGEMUKAKAN SURAT RAYUAN???? CNTOH KESALAHAN BERZINA.. ADAKAH KESALAHAN BERZINA BOLEH MENGEMUKAKAN SURAT RAYUAN??? TINDAKAN INI TELAH MENYEBABKAN BELIAU BOLEH JATUH AGAMA.... SAYA TIDAK MENYOKONG TINDAKAN NAJIB YG MEMPERMAINKAN HUKUM ISLAM!!!!