"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Dewan Muslimat PAS 'WAJIB' gandakan usaha! / UBN Najib Altantuya / PKFZ

sunsnake

Sejak bermulanya Pilihanraya kecil di Kuala Terengganu, teman dapat melihat jumlah geng-geng Puteri UMNO yang agak ramai.. Malahan lebih jauh melebihi Wanita UMNO. Bagaimana membezakan mereka? Mudah! Mereka berpakaian merah jambu dan wanita merah menyala!

Selepas itu di Bukit Gantang, dapat teman melihat betapa gandaan mereka (Puteri UMNO) semakin ramai bahkan melebihi muslimat-muslimat PAS yang agak sebaya dengan mereka!
Terkini di Bagan Pinang, dapat teman melihat betapa besar sebenarnya jumlah mereka dan inilah jugak kalau kita gunakan sebagai KPI, betapa berjayanya pimpinan Puteri UMNO dalam melipat-gandakan keahlian mereka.

Dimana gerak kerja muslimat PAS? Bagaimana dengan Nisaa'? Bertambah atau berkurang ahlinya? Ataupun statik? Pihak kepimpinan PAS terutama Dewan Muslimat perlu meletakkan agenda untuk menyaingi Puteri UMNO ini kerana sememangnya didalam gerak kerja pilihanraya, mana-mana parti pun amat memerlukan tenaga kerja wanita dalam proses rayuan undi. Teman dapat melihat betapa besarnya 'impact' gerak kerja pilihanraya yang dapat dilakukan oleh 3-4 orang Muslimat PAS berbanding 10 orang pemuda PAS!

Di Bagan Pinang, didalam meneliti gambar-gambar rakaman bloggers, teman sendiri dapat melihat bagaimana 'meriahnya' Puteri-puteri UMNO ini mengutuk, memaki malahan ada yang berani menunjukkan isyarat lucah! Betapa hancurnya peribadi puteri-puteri UMNO ini.
Sebagai yang mengaku sebagai Pejuang Islam, PAS melalui Dewan Muslimat perlu berbuat sesuatu dalam menyelamatkan akidah dan maruah anak-anak gadis melayu ini daripada terus dirosak dan dihancurkan oleh pimpinan UMNO yang sememangnya 'jahil' dalam dosa dan pahala!.

Mengikut laporan, sebaik sahaja tamat masa pengundian dan pengumuman kemenangan BN di Bagan Pinang, kelihatan jelas berselerakan golongan puteri-puteri UMNO ini bermadu kasih dengan pasangan masing-masing(kebanyakkan pemuda BN@samseng rempit) di pantai-pantai berhampiran hingga ke larut malam. Mampukah kita melihat mereka sebagai musuh politik sahaja?

Lagipun semasa di Bagan Pinang, tidak kelihatan pun perbezaan antara Dewan Muslimat dan Nisaa' ini? Kepimpinan Muslimat PAS wajib memahami apa sebenarnya kehendak golongan muda dan apa aktiviti atau gerak kerja yang mengikut syarak! Jika perbezaan antara golongan 'tua' dalam Dewan Muslimat PAS dan golongan muda tidak kelihatan, manakan mungkin golongan muda ini berkenan?
Dewan Muslimat PAS perlu lebih dinamik seiring dengan situasi semasa namun dalam masa yang sama boleh menjadi ikutan iaitu 'trend' yang mengikuti lunas-lunas syara'.

Wallahua'lam.
sunsnake 18.10.2009

PAS Zon Bukit Beruntung

Tiada ulasan: