"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

SPRM hanya boleh soalsiasat waktu siang sahaja / PKFZ / Altantuya

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, Nov 19:
Mahkamah Tinggi memutuskan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh membuat penyiasatan melampaui waktu pejabat yang biasa iaitu antara 8.30 pagi hingga 5.30 petang.

Keputusan ini dibuat oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Mohamad Ariff Md Yusof yang mentafsirkan maksud 'day to day' dalam Seksyen 30(3)(a) akta SPRM.

Keputusan ini dibuat oleh Mahkamah Tinggi ekoran saman yang dibuat oleh anggota Majlis Perbandaran Kajang, Tan Boon Wah yang ditahan sepanjang malam oleh SPRM di Plaza Masalam, Shah Alam.

Mahkamah mengarahkan SPRM membayar gantirugi kepada Tan kerana salah menahannya antara 9.45 malam pada 15 Julai hingga 2.53 pagi 16 Julai.

(Gambar: Tan dan peguamnya, Karpal di Mahkamah Tinggi. Gambar Malaysian Insider)

Pendaftar Mahkamah akan membuat penilaian jumlah gantirugi yang patut dibayar kepada Tan termasuk faedahnya.

Keputusan ini selari dengan pekeliling yang dibuat oleh kerajaan negeri Selangor yang mengarahkan pegawai dan kakitangannya hanya boleh disiasat oleh SPRM di waktu pejabat sahaja.

Tan telah ditangkap oleh pegawai SPRM dan dibawa ke Plaza Masalam pada 15 Julai iaitu hari yang sama Setiausahja Politik Exco kerajaan negeri Selangor, Teoh Beng Hock disiasat SPRM.

Teoh juga telah disiasat sepanjang malam oleh SPRM dan dijumpai mati pada keesokan harinya di tingkat lima bangunan sebelahnya.

Kes ini sekarang dalam proses perbicaraan di mahkamah koroner Shah Alam.

Peguam Tan, Karpal Singh menyifatkan kes ini sebagai satu kes yang besar dan akan menentukan corak penyiasatan yang akan dibuat oleh SPRM selepas ini.

"Buat pertama kalinya kita mendapat penghakiman maksud 'day to day' dalam akta SPRM ini," kata Karpal.

Sehingga kini tidak diketahui apakah Peguam Negara akan membuat rayuan kepada kes ini kerana ia melibatkan banyak prosedur badan-badan seperti SPRM dan polis di negara ini.

Tiada ulasan: