"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

TGNA Pengerusi Pakatan Rakyat, Bakal Perdana Menteri / Nizar / PKFZ /

professor
Kalau ikut telahan dan pendapat Zaid Ibrahim TGNA layak dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Rakyat Malaysia, yang baru dihantar untuk kelulusan pendaftaran oleh Pertubuhan Pendaftaran, adakah bermaksud ini lah calon Perdana Menteri selepas PRU 13 nantiMudah2an, insyaallah dengan kerja keras semua pihak dan dengan izin Allah, riwayat UMNO/BN akan berakhir tidak lama lagi.

Walaupun kenyataan – kenyataan berbentuk perang saraf oleh media UMNO/BN menggambarkan seolah – olah Pakatan Rakyat adalah pakatan rapuh , tidak ada wawasan , retak menunggu belah , tidak ada ideology dan sebagai – bagainya , namun itu lah namanya PR cukup digeruni dari hari ke hari sehingga PRU 13 nanti.

Masakan , kalau PR lemah , ianya diserang dari semua penjuru.

Dek kerana PR makin kuat dan mantap lah serangan bertali arus , dengan pelbagai isu dimainkan oleh media UMNO/BN kini.

Penat sungguh pekerja – pekerja UMNO/BN di bahagian IT, ICT dan media nya kini.

Apa yang perlu dibuat lagi oleh PR dalam masa 24 bulan ini , menjelang PRU 13 ialah , bermula dari sekarang ialah konsep PR mesti digerakkan sehingga ke peringkat unit terkecil , iaitu Pusat Pembuangan Undi/PPU.

Semua parti PAS , PKR & DAP , di mana yang berkaitan , perlu menggerakkan dan mengaktifkan aktiviti setempat bagi setiap PPU.

Ini adalah unit asas kepada satu aktiviti.

DOWN - TOP STRATEGY
Elok dibuat strategi DOWN TO TOP, walaupun selama ini dipraktikkan TOP TO DOWN STRATEGY.

Sebenarnya , banyak idea – idea bernas dan gila- gila ada di bawah. Idea – idea ini lebih baik digunakan , kerana ia adalah reality setempat.

Berbanding dengan TOP TO DOWN STRATEGY , dimana kebiasaannya pimpinan tertinggi banyak membuat andaian sahaja , bukan berdasarkan kepada reality setempat.

Kumpul lah reality setempat. Keperluan setempat. Kehendak setempat. Cita rasa setempat. Boleh lah dicuba , sekiranya dirasakan ada kebaikannya.


TGNA Perdana Menteri
TGNA Pengerusi Pakatan Rakyat

Tiada ulasan: