Sofi Wahab
Saya telah membaca beberapa posting Nik Amalina di dalam blognya Seri Suri. Bagi saya beliau mempunyai hak untuk berkarya dan menulis di dalam blog peribadinya seperti saya juga bebas untuk mengetuk keyboard laptop saya untuk merungkaikan apa yang terpendam dan terpancar dalam dada dan otak saya.
Namun sebagai seorang ahli parti atau mungkin seorang yang sayangkan parti kita tidak boleh menulis mengikut perasaan dan kehendak hati tanpa di kawal oleh disiplin sebagai seorang anggota parti.Kita mesti berhati-hati dalam menyampaikan apa juga idea dan kata hati dalam blog kerana ianya menjadi tatapan dan tontonan ramai terutama blog-blog individu seperti Nik Amalina yang merupakan puteri Tok Guru dan isteri Ariffahmi.
Kalau penulis blog itu Sofi tak apa tak ada orang kenal, tetapi tidak untuk Nik Amalina. Media menunggu setiap detik apa yang akan diposting oleh Nik Amalina untuk dijadikan senjata menembak dan mentohmah PAS. Kalau Ariffahmi yang terkorban mungkin kesannya hanya kepada individu dan keluarga terdekat sahaja. Tetapi kalau PAS yang terkorban kesannya kepada seluruh rakyat Malaysia dan masa depan Islam di Malaysia.
Kita kena faham dan harus faham bahawa jika tulisan kita disiar atau dipetik dan dimuatkan dalam media pengampu BN itu maknanya tulisan kita memberikan keuntungan kepada musuh kita. Jika ianya diheboh dan diperbesar-besarkan itu ertinya tulisan kita menjadi peluru untuk menembak PAS dan Islam itu sendiri. Kita mesti berhati-hati.
Saya ingin menasihat diri saya dan sesiapa juga supaya bertanggungjawab dalam apa yang kita tulis walau di mana sahaja samada blog, facebook, twitter, media cetak dan seumpamanya. Jangan kita jadi perosak .................
Tiada ulasan:
Catat Ulasan