"Dalam keadaan rakyat terperanjat dan tergamam dengan kehilangan enjin jet F-5E , sang menteri pertahanan mengeluarkan kenyataan yang melucukan. Bila membaca kenyataannya pasti orang akan ketawa terbahak-bahak. Pasti pandangan memperolok-olokkan bermain dibibir rakyat.
Kamu adalah menteri. Kenapa tak buat home work terlebih dahulu sebelum membuat ulasan.Kenyataan tu hendaklah realistik dan berwibawa. Ini cakap ala wak-wak dikedai kopi aje. Sungguh memalukan, kementerian yang sangat penting diterajui oleh individu yang mempunyai standard intelektual yang rendah.
Ini samalah dengan kes Sauk dahulu. Menterinya dah pun jadi PM sekarang. Kenyataannya mengenai rampasan senjata didepoh senjata dipertikaikan. Sebabnya skrip yang dibacanya tak masuk diakal.
Dalam kes kehilangan enjin jet , dimana letak logiknya anggota berpangkat rendah punya angkara.Apakah Zahid nak beritahu kita ,tentera Malaysia macam dinegara Afrika dimana rampasan kuasa dipimpin oleh tentera berpangkat koperal dan sarjan. Kalau enjin ini diletakkan dibelakang stor dan dikategorikan sabagai bahan hapus kira , bolehlah kita katakan sarjan dan geng2nya angkut dan jual ke tempat yang membeli besi2 buruk.Paling tinggi ianya dijual dengan harga tak lebih RM5 ribu kerana si sarjan ini sendiri tak tahu nilai enjin itu sebenarnya. Dia pun tak tahu berapa berat enjin itu.
Persoalannya mengapa sang menteri buat kenyataan bodoh ini ? Apakah dia fikir mentaliti rakyat begitu rendah sekali ? Kalau dia nak lindungi jenderal2 sekalipun buatlah statement yang munasabah. Mengatakan ianya angkara anggota berpangkat sarjan memang memalukan. Kita nak tanya besar mana sangat kuasa sarjan untuk mengarahkan enjin sebesar itu dibawa keluar ? Apakah diworkshop TUDM yang didalamnya ada peralatan yang nilainya berpuluh-puluh juta ringgit diketuai oleh tentera berpangkat sarjan ?Apakah kuasa si sarjan untuk mengarah enjin itu diangkut keluar ? Tengasha malam buta ke enjin itu diangkut kelaur ? Itu belum lagi rundingan dengan negara luar yang membeli enjin itu . Apakah si sarjan puinya kontek diluar negara untuk mencari pembelinya ?
Kesimpulannya, kalau sarjan lah punya kerja ...??????????? tidak akan terjawab.
Inilah rupa integriti yang dilaung-laungkan. Bila melibatkan orang dan individu penting , maka pihak lain dijadikan kambing hitam.
-tranungkite-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan