"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Budak "Serigala Jadian" Rayu Doktor Cari Ubat


Pruthviraj Patil ialah salah seorang daripada 50 penghidap hypertrichosis atau lebih dikenali sebagai Sindrom Serigala Jadian di seluruh dunia. -Foto thatsweird.net

SEORANG budak "serigala jadian" yang berusaha sedaya upaya mencari ubat untuk merawat keadaannya membingungkan pakar-pakar perubatan.

Pruthviraj Patil adalah salah seorang daripada 50 penghidap hypertrichosis yang juga dikenali sebagai Sindrom Serigala Jadian.

Ekoran itu, wajah dan badannya diliputi bulu-bulu yang tebal dan berserabut.

Cuma tapak tangan dan tapak kakinya tidak ditumbuhi bulu-bulu.

Pruthviraj berharap doktor-doktor dapat mencari penawar untuk penyakit ganjilnya itu.

Dia yang dilahirkan di daerah Sangli, berdekatan Bombey, India tidak pernah meninggalkan kampungnya kerana takut dicemuh oleh orang yang tidak dikenali.

Pruthviraj adalah anak kepada seorang petani yang berjaya.

Ibu bapanya telah mencuba pelbagai jenis rawatan ke atasnya tetapi gagal.

Pruthviraj tidak ingin menjadi "serigala jadian" dan merayu para doktor membantunya mencari ubat penawar.

Antaranya, homeopati, rawatan tradisional ala-Ayurveda dan pembedahan laser.

Dipercayai keadaan genetik itu berpunca daripada satu kecacatan semasa ibunya mengandung.

"Kenapa Tuhan lakukan ini terhadap kami," kata ibunya, Anita yang berusia 32 tahun.

"Dia kelihatan janggal dan ke mana sahaja dia pergi, orang ramai akan berpusu-pusu melihatnya."

Pakar pedah plastik Vinay Saoji memeriksa budak malang itu dan mengesahkan keadaan itu jarang sekali berlaku.

"Bulu yang tumbuh bertompok-tompok pada tubuh biasa berlaku. Ia juga dikenali sebagai 'Hairy nexus' atau 'hirsurism'. Bagaimanapun, bulu yang tumbuh di seluruh badan jarang berlaku," tambahnya.

Pruthviraj beria-ia menanggalkan bulu-bulu itu tetapi ia tetap tumbuh semula waima menggunakan rawatan laser sekali pun.

Para doktor hilang ikhtiar untuk membantunya.

Ketika pergi ke sekolah, Pruthviraj berkata, dia dibuli dan kanak-kanak lain mengetawakannya.

Bagaimanapun, mereka kini memahami situasinya dan melayannya seperti budak normal yang lain.

Dia merayu para doktor membantunya mencari ubat penawar.

Pruthviraj tidak ingin menjadi "serigala jadian".

-mstar.com-

Tiada ulasan: