"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Malaysia bertahan 6 Hari

dewa
Malaysia dijangka mampu bertahan selama 6 hari sahaja sekiranya berlaku peperangan berdasarkan amalan korupsi serius dalam pertahanan Malaysia. keghairahan UMNO menggunakan undi pos tentera, kehilangan enjin-enjin jet pejuang, penggunaan helikopter berkualiti rendah seperti Nuri yang selalu terhempas dan pengkhianatan kelas tinggi merupakan punca utama. Mari lihat kesan buruk akibat UMNO dalam isu ini.

"KUALA LUMPUR: Bukan satu tetapi dua enjin pesawat tempur, F-5E, milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang hilang, masing-masing berharga RM50 juta, apabila sebuah lagi dipercayai hilang lima bulan selepas kehilangan enjin pertama.

Enjin yang kedua hilang ketika menunggu untuk diselenggarakan di Pangkalan Udara Kuala Lumpur, dua tahun lalu dan disedari pada Mei 2008. Laporan polis dibuat tiga bulan kemudian. "

UMNO memang ghairah menjual kepentingan negara demi kepentingan perut. Contohnya, apabila Batu Putih diperolehi oleh singapura, UMNO mengucapkan syabas kerana ini 'win-win situation' katanya.

Pertahanan Malaysia semakin hari semakin parah, selaras dengan parahnya kegiatan korupsi di malaysia. Dari tangga negara ke 40 lebih paling rasuah, kini Malaysia hampir mencecah tangga 60. Singapura pula berada di tangga ke 4 iaitu antara negara paling bersih dari rasuah.

isu komisyen/rasuah kapal selam, isu penggunaan helikopter Nuri yang asyik terhempas, isu kegiatan rasuah dalam pembelian senjata, isu tentera digunakan untuk kepentingan UMNO dan banyak lagi memang memualkan rakyat Malaysia.

Sebelum ini kita dikejutkan dengan berita bahawa jet peronda kita tersadai dan tidak digunakan kerana masalah enjin. Kemudian kita dikejutkan lagi dengan berita bahawa satu enjin bernilai 50 juta telah dijual oleh tentera kepada syarikat dari negara asing secara haram. Kemudian dikejutkan lagi dengan berita bahawa enjin tersebut bukan satu, tapi dua!

kalau di Jepun, nescaya menteri terbabit sudah HARAKIRI!

Tapi, di malaysia, semua boleh....

-tranungkite-

Tiada ulasan: