"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Negara Dalam Keadaan Berbahaya. Sistem Pertahanan DiCemari Rasuah

Suhaizan Bin Kaiat

Kes kehilangan enjin pesawat F-5E TUDM yang bernilai RM50 juta dan dipercayai berada di negara Amerika Selatan merupakan berita yang mengemparkan negara.Malah, siasatan kehilangan enjin jenis GE J85-21A itu turut membongkar pelbagai penyelewengan peralatan, termasuk salah laku membabitkan pelbagai kontrak bekalan bernilai jutaan ringgit dalam pasukan itu

Kehilangan ini adalah petanda rasuah sudah sampai kekemuncaknya di mana negara dalam keadaan terancam. Jika enjin pesawat boleh jual maka maklumat perisikan pertahanan lagilah mudah untuk dijual kepada pihak musuh.

Menjual enjin pesawat ke luar negara bukan seperti menjual goreng pisang ditepi jalan. Ia memerlukan kerjasama pelbagai agensi kerajaan termasuk Tentera, Imegresin, Kastam dan juga polis. Maksudnya enjin ini tidak boleh terlepas keluar negara tampa kerjasama daripada badan ini.

Rakyat tidak boleh memaafkan lagi kerajaan. Kerajaan Barisan Nasional pimpinan Najib mesti ditukar dengan segera. Undi tidak percaya di Parlimen perlu dibuat dengan segara.

http://kentong-suhaizan.blogspot.com/

Tiada ulasan: