"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Surat Rasmi Cabaran Debat Isu Ketuanan Melayu

Dr Raja Ahmad Al-Hiss

Perkara di atas adalah dirujuk.

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa, saya mewakili Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) mencabar untuk mengadakan debat dengan pihak Y.Bhg. saudara isu ‘Ketuanan Melayu' yang diwar-warkan oleh pihak Pergerakan Pemuda UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam beberapa ketika ini. Saya mencadangkan agar debat ini diadakan bagi membuktikan bahawa siapakah yang mengadai bangsa Melayu selama ini?

Debat ini perlu diadakan jika UMNO benar-benar ikhlas dan berani untuk menyelamatkan bangsa Melayu. Kami di pihak DPPN Pk yang memperjuangkan syariat Islam sudah pasti meletakkan Islam sebagai asas penyatuan dan memastikan orang Islam untuk patuh menjadi hamba kepada PenciptaNya.

Kami tidak ingin lagi mendengar retorik daripada UMNO yang mengatakan mahu membela dan menjaga bangsa Melayu tetapi dalam masa yang sama UMNO lah yang sebenarnya menggadaikan bangsa Melayu sehingga menyebabkan bangsa Melayu tetap mundur dan menjadikan mereka alat politik bagi menyokong kepentingan UMNO. Mengapa perlu menyalahkan bangsa lain atas kemusnahan yang dilakukan oleh UMNO itu sendiri.

Jika benar UMNO membela bangsa Melayu, kenapakah Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kelantan yang majoritinya bangsa Melayu tidak diberikan hak royalti minyak yang sepatutnya? Apakah yang UMNO ingin buktikan hak rakyat Negeri Kelantan dengan wang Ehsan?

Pihak kami akan menunggu persetujuan dan menyerahkan penetapan tarikh, masa dan tempat bila-bila masa sahaja daripada pihak Y.Bhg. saudara.

Saya menyarankan supaya bukan sahaja cabaran ini antara saya dan saudara tetapi kita secara bersama boleh menjadi orang tengah untuk menjadikan satu pentas debat dan keadilan antara UMNO dan juga PAS pada bila-bila masa.

Sekian, Terima kasih. Wasallam.


Saya yang benar,
Bagi pihak Dewan Pemuda PAS Negeri Perak



DR RAJA AHMAD AL-HISS
Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Tiada ulasan: