"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tun Mahathir RM100 Billion, Tun Abdullah Badawi RM270 Billoin?

mohdnoorawang
Bekas perdana Malaysia Tun Mahathir mempersoalkan Tun Abdullah Badawi yang bekas perdana menteri Malaysia menghabiskan wang petronas sebanyak RM270 Billion semasa menjadi perdana menteri malaysia selama 5 tahun.

Dalam masa 5 tahun Abdullah Badawi mengunakan wang RM28 billion untuk kegunaan perbadi. Namun tidak ada sesiapa yang boleh membuktikan Tun Abdullah Badawi menyeleweng wang sebanyak itu.

ini timbul kekalutan dan jumlah wang besar sebaik sahaja timbul keraguan dan isu wang yang disuarakan oleh Yb. Lim kit Siang. Memetik kata Yb. Lim Kit Siang semasa Tun Mahathir menjadi perdana menteri selama 23 tahun wang RM100 billion telah digunakan untuk peribadi Tun Mahathir.

Berpunca dari isu RM100 billion, maka Tun Mahathir mempersoalkan bagaimana Tun Abdullah Badawi mengunakan wang petronas RM270 billion dalam masa lima tahun, Pembatalan projek jambatan bengkok puluhan juta hangus, Pembinaan Bakun Hydroelectirc, pembatalan projek landasan keretapi Johor Baru- Padang Besar, Projek pembinaan jambtan Penang kedua. Saranan Tun Mahathir supaya menyiasat dan menubuhkan Suruhanjaya Diraja. Isu ini timbul selepas dicadangankan mengadakan Suruhanjaya Diraja menyiasat Tun Mahathir mengunakan wang RM100 Billoin dalam masa 23 tahun menjadi perdana menteri Malaysia.

Kita agak pelik mengapa Tun Mahathir selalu tersasar dari sasarannya. Tun Mahathir berkata jika dalam blognya jika ditubukan suruhanjaya diraja untuk menyiasat kebenaran atau salahlaku dengan isu wang RM100 billion, satu penyiasatn menyeluruh juga dikenakan pada bekas penrdana menteri Tun Abdullah Badawi. Apa kaitan Ubdullah badawi dengan Mahathir?. Isu disini isu Mahathir. ,mengapa mahanthir mahu menyeret Abdullah Badawi sehingga Mahathir mengeluarkan kenyataan seperti di atas.

Walauapa pun rakyat Malaysia mahukan satu penyiasatan secara menyeluruh tentang dakwaan yang dilemparkan kepada bekas perdana menteri Tun Mahathir dan tuduhan Tun Mahathir terhadap Tun Abdullah Badawi. Untuk mencari titik temu dan siapa yang bersalah atau tidak satu badan bebas perlu ditubuhkan untuk menyisasat kedua-dua bekas perdana menteri Malaysia. Atau satu Suruhanjaya Diraja perlu ditubuhkan.

Rakyat Malaysia kurang yakin dan kurang percaya jika isu bekas dua orang perdana menteri disiasat oleh Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia. Yang jelas dalam masa 23 tahun Tun Mahathir terlalu banyak melakukan salahguna kuasa. Dari kuasa Mahkmah, SPRM, PDRM, SPR, semuanya dibawah telunjuk dan arahan Tun Mahathir demi politik perut dan kuasa.

Sehingga Mahathir pernah digelar maharfiraun, zalim, diktator, kronisma, nepotisma, rasuah, Mahathirlah orang yang paling banyak dapat gelaran termasuk pembodeknya semasa menjadi perdana menteri 23 tahun. Pemimpin asia yang paling licik penuh dengan tipudaya dan kemajuan.

Mahathir pernah memberi pandangan negative tentang jangut Nabi Muhammmad SAW. Malah nadanya cukup banyak memperkecilkan tentang kesyumulam Islam. Namun Ulama dan mufti Umno diam macam syaitan bisu. Itulah Mahathir semua orang Umno dan pemimpin BN akur pada tun Mahathir semasa menjadi perdana menteri.

Tiada ulasan: