Tolong sampaikan berita dibawah ini kepada umat islam semalaysia...ok
Jakim: Bak kut teh halal tak boleh dianggap halal
sumber;MalaysianInsider
PETALING JAYA, Dis 22 — Penggunaan istilah bak kut teh halal boleh mengelirukan umat Islam di samping bertentangan hukum syarak kerana bercanggah dengan kaedah fiqah yang ditetapkan oleh Islam.
Ketua Penolong Pengarah Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) Lokman Abdul Rahman berkata, bak kut teh tidak boleh dianggap halal kerana ia masih mengekalkan penggunaan nama yang haram mengikut hukum Islam.
Ia juga ditentang oleh Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Dr Maamor Osman.
Beliau tidak bersetuju dengan pengenalan makanan bak kut teh halal itu.
Maamor berpendapat, langkah itu sebagai salah satu cara halus mengurangkan rasa jijik masyarakat Islam pada babi.
Oleh itu beliau bimbang penyalahgunaan istilah itu akan membuatkan umat Islam lama kelamaan tidak lagi rasa jijik terhadap babi.
“Saya harap Jakim dapat bertindak tegas dengan tidak memberikan logo halal terhadap makanan berkenaan,” katanya.
-utaraonline-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan