"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Rahsia gadis 15 tahun hilang dinihari terbongkar

KUALA TERENGGANU: Rahsia hubungan seks seorang gadis bawah umur dengan teman lelaki sebanyak lapan kali akhirnya terbongkar apabila dia dilihat cuba ‘menceroboh’ masuk ke rumahnya pada awal pagi.

Kepulangan mangsa berusia 15 tahun dalam keadaan mencurigakan pada awal pagi, Khamis lalu itu dihidu keluarganya menyebabkan dia disoal selepas dilihat cuba menyembunyikan kepulangannya daripada pengetahuan keluarga.

Berikutan itu, mangsa, seorang pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah menengah di Besut tiada pilihan melainkan memberitahu dia pernah mengadakan hubungan seks dengan teman lelakinya, sebelum ini.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamarudin Mohd Zakaria, berkata mangsa datang ke Balai Polis Kampung Raja, Besut membuat laporan mengenai kejadian itu, kira-kira jam 9.30 malam kelmarin

Beliau berkata, kejadian pertama berlaku dalam bilik di rumah mangsa di rumah kos rendah, Nyiur Tujuh, kira-kira jam 3.30 pagi pada 15 Disember lalu.

Kamaruddin berkata, dalam kejadian berikutnya, mangsa keluar rumah melalui pintu belakang, kira-kira jam 2 pagi pada 17 Disember dan bertemu dengan teman lelaki serta membonceng sebuah motosikal ke kedai makan di Jalan Kampung Lampu, Kampung Raja.

Beliau berkata, mangsa mendakwa teman lelakinya mengadakan hubungan seks dengannya di kedai makan itu, sebelum dihantar pulang ke rumah, kira-kira jam 3.30 pagi berkenaan.

Menurutnya, suspek berusia 19 tahun dikenal pasti dan usaha mencarinya sedang dijalankan.

Katanya, mangsa dihantar untuk membuat pemeriksaan lanjut di Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan.

Beliau berkata, polis menjalankan siasatan kes itu mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan atas kesalahan rogol.

“Kejadian seperti ini dapat dielakkan jika pengawasan dan pemantauan ibu bapa dan penjaga dengan didasari dengan kasih sayang berpaksikan ajaran agama,” katanya.

-hmetro.com-

Kalau ikut agama ini kes rogol ke zina?

Tiada ulasan: