Ingeniur
Keputusan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk mengenakan sedikit bayaran tambahan kepada pelajar bagi sesi persekolahan tahun depan amatlah mengejutkan kita semua.Kalau kita imbas kembali kenyataan mantan Menteri Pelajaran (pada pertengahan Disember 2008) ketika itu Dato Sri Hishamuddin Tun Hussein telah bersetuju untuk tidak mengenakan sebarang bayaran tambahan lagi untuk pelajar bagi mengurangkan beban kewangan ibubapa yang menanggung perbelanjaan sekolah anak-anak dan ianya sejajar dengan janji PM ketika itu Dato Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi ketika pembentangan Bajet 2008 bertajuk “Pendidikan Percuma untuk Semua”
“Kerajaan komited melaksanakan langkah progresif untuk meningkatkan akses dan mengurangkan kos pendidikan. Pada tahun lalu, saya telah mengumumkan pemansuhan yuran peperiksaan PMR, SPM dan STPM. Sebagai tambahan, saya ingin mengumumkan yuran peperiksaan bagi Sijil Tinggi Agama Malaysia akan dimansuhkan. Dengan itu, yang tinggal hanya yuran tahunan sekolah rendah dan menengah. Saya juga sukacita mengumumkan, mulai tahun 2008, yuran sekolah ini turut dimansuhkan”
Walaupun didalam kenyataan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom (dalam gambar) dipetik berkata, bayaran ini tidaklah membebankan ibubapa dan pelajar dan jumlah bayaran ini akan diumumkan sedikit masa nanti dengan pembayarannya bolehlah dijelaskan apabila sesi persekolahan bermula awal januari 2010 nanti.
“Bayaran ini akan digunakan untuk kemudahan dan aktiviti pelajar juga. Sebagai contoh duit bayaran ini akan digunakan sebagai insurans serta juga untuk menjayakan aktiviti kurikulum pelajar sepanjang sesi persekolahan nanti”
Saya merumuskan ianya sebagai suatu tindakan yang begitu terburu-buru untuk mengenakan bayaran tambahan kepada pelajar nanti walaupun jaminan kementerian sendiri ianya tidak begitu membebankan , seharusnya perlu mencari jalan atau alternatif yang terbaik bagi menampung kewangan seperti insurans atau perbelanjaan aktiviti dan bukannya menjadikan ibubapa sebagai ‘institusi kewangan’!
Mungkin orang akan berkata, apalah sangat kita hendak ‘berkira’ soal duit lagi pun untuk persekolahan anak-anak kita kerana ianya telah menjadi tanggung jawab ibubapa untuk menyediakan apa yang sepatutnya kepada anak-anak.
Secara peribadinya saya lebih memandang jauh kehadapan didalam soal ini. Saya lebih memikirkan diandaikan sesebuah keluarga mempunyai anak yang ramai dan bersekolah antara lima hingga enam orang serentak didalam satu-satu masa, bagaimana dan berapa banyakkah ibubapa harus menyediakan apa yang ditafsirkan oleh KPM ‘sedikit’ bayaran tambahan itu?
Kita juga persoalkan dimana pula tanggung jawab sosial kerajaan untuk penyediaan seperti insurans pelajar-pelajar serta yang paling penting ialah menampung perbelanjaan aktiviti pelajar-pelajar? 'Apalah sangat' setakat RM 10-20 Juta untuk disumbangkan bagi tujuan tadi kerana ianya adalah untuk kebaikan pelajar juga akhirnya.
Seharusnya sebagai kerajaan yang dikatakan bertimbang rasa, mengambil berat serta sentiasa peka dan peduli dengan keluhan rakyat perlu mencari kaedah lain bagi pembiayaan dua penting ini dan bukannya berterusan menjadikan ibubapa sebagai ‘tabung penyelamat Kewangan bagi KPM’ yang baru...
http://ingeniur.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan