"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Rakyat masih perlukan Nik Aziz

Mohd Zuharman

Mahathir jadi Perdana Menteri 22 tahun, Taib Mahmud, Ketua Menteri Sabah lebih lama dari Mahathir. Malah Rasulullah dulu meneruskan perjuangannya hingga ke akhir hayat.“Inikan saya belum sampai 20 tahun, masih terlalu kecil,” tegas beliau di samping turut mengakui Kelantan tidak ketandusan tokoh daripada golongan pelapis bakal menggantinya apabila beliau mengundur diri.

“Saya tidak akan lepaskan jawatan... kecuali disebabkan keuzuran sangat.” Demikian tegas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meskipun bertubi-tubi diasak agar melepaskan jawatannya sebagai Menteri Besar ekoran siri krisis yang melanda kerajaan negeri kebelakangan ini.

Beliau yang menyandang jawatan tersebut hampir 20 tahun tidak akan bertindak untuk mengambil jalan pintas lebih-lebih lagi ketika kemelut sedang melanda pentadbiran kerajaannya.

Malah beliau sama sekali tidak akan akur pada desakan pelbagai pihak terutama pihak musuh sendiri biarpun pelbagai alasan diberi termasuk perkhidmatannya yang sudah begitu lama.

Bagi Nik Aziz, soal lama ataupun baru tempoh kepimpinannya beliau tidak wajar untuk dijadikan isu memandangkan masih ramai pemimpin politik ataupun kerajaan yang lebih lama berkhidmat berbanding beliau.

“Mahathir jadi Perdana Menteri 22 tahun, Taib Mahmud, Ketua Menteri Sabah lebih lama dari Mahathir. Malah Rasulullah dulu meneruskan perjuangannya hingga ke akhir hayat.

“Inikan saya belum sampai 20 tahun, masih terlalu kecil,” tegas beliau di samping turut mengakui Kelantan tidak ketandusan tokoh daripada golongan pelapis bakal menggantinya apabila beliau mengundur diri.

Kontroversi personaliti Nik Aziz masih hangat dibicarakan sehingga kini ekoran beberapa isu yang timbul dalam pentadbirannya sejak kebelakangan ini telah melatahkan segelintir kepimpinan Umno negeri berterusan menyerang batang tubuhnya.

Pun begitu, pendirian Nik Aziz itu disambut baik Dewan Pemuda PAS Kelantan dan berharap keputusan Nik Aziz itu sekali gus dapat memadamkan segala kontroversi.

Timbalan Ketuanya, Ahmad Baihaqi Atiqullah memberitahu Dewan Pemuda PAS Kelantan kesal dengan sesetengah media massa dengan lantang menyerang kepimpinan PAS negeri menerusi berita berunsur provokasi di mana sumbernya tidak spesifik dan tidak pernah terkandung dalam laporan mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri.

Serentak dengan itu juga, Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Zaki Ibrahim semasa ditemui pada majlis korban Aidiladha memaklumkan PAS Kelantan akan terus mempertahankan jawatan Nik Aziz sebagai Menteri Besar Kelantan selain sebagai Mursyidul Am dan Pesuruhjaya PAS Negeri walaupun pelbagai tekanan dihadapinya susulan kemelut yang melanda pentadbiran kerajaan negeri.

Zaki yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan berkata tiada alasan untuk Nik Aziz melepaskan jawatannya memandangkan rakyat negeri ini sentiasa memerlukan kepada kepimpinan tokoh ulama disegani di peringkat dunia itu.

“Lagipun mereka yakin kekuatan mental dan fizikal Tok Guru sentiasa berupaya menerajui perubahan dalam kepimpinannya demi rakyat khasnya di Kelantan,” katanya yang turut percaya kemelut yang melanda pentadbiran negeri itu juga dapat diselesaikan dengan baik oleh Nik Aziz.

-themalaysianinsider-

Tiada ulasan: