"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Nazri Aziz: Mahathir manusia racist!

dewa
Lawak no.1 di Malaysia hari ini. Nazri Aziz menyelar Mahathir yang mengatakan BTN tidak perlu dirombak kokurikulumnya kerana tidak racist. Kata Nazri, Mahathir racist kerana menyokong BTN yang racist. Maknanya, Nazri mengaku bahawa BTN memang sangat racist!

"
KUALA LUMPUR: Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Nazri Aziz has described Tun Dr Mahathir Mohamad as a racist for saying that there was no need to revamp the current National Civics Bureau (BTN) training modules."

Selaku salah seorang mangsa kerajaan yang pernah dipaksa ke BTN, penulis mengaku bahawa BTN memang racist. Bayangkanlah, pukul 5 pagi penulis dikejutkan dan disuruh ke dewan bersama rakan-rakan. Ingatkan kena sembahyang sunat berjemaah ke, solat hajat ke, jadi penulis gagh gagahkan diri jugak..

Rupa-rupanya, pegawai BTN nak pasang powerpoint/dokumentari anti Cina dan anti-Anwar. Kononnya Anwar, Ustaz Hadi dan Tok Guru sebenarnya agen Zionis. Kaum Cina pulak kononnya merupakan kaum pendatang dan ancaman utama kepada kaum Melayu. Kata mereka lagi, memang mereka tahu Anwar tidak terlibat meliwat tetapi dakwaan ke atas Anwar perlu kerana Anwar agen Zionis!

Buktinya? Ada gambar Anwar bersalam dengan manusia dari keturunan Yahudi. Bukti Tok Guru ajen Yahudi pula? Ada gambar Tok Guru salam dengan Lee Kuan Yew.

Hanya manusia racist yang akan sokong BTN. Tak payah rombak-rombak BTN la. Mansuhkan terus. Rakyat pun dah bosan diperbodohkan (kecuali Bagan Pinang kot). Seperkara lagi, PAS tak kalah di Bagan Pinang, rakyat di situ yang kalah kerana menolak Islam. Sepertimana Nabi tak kalah apabila dakwahnya ditolak, orang yang menolak dakwah tersebut yang kalah!

Gaduh la wahai UMNO. Semoga Allah melaga-lagakan musuh Islam dan menyegerakan azabNya kepada mereka yang zalim..

Tiada ulasan: